إعدادات العرض
“Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”
“Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”
Daripada Abu ‘Amr – dan dikatakan: Abu ‘Amrah, – Sufyan bin ‘Abdullah رضي الله عنه, beliau berkata: Aku berkata: “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”
الترجمة
العربية Español አማርኛ English اردو Indonesia ئۇيغۇرچە বাংলা Français Türkçe Русский Bosanski සිංහල हिन्दी 中文 فارسی Tiếng Việt Tagalog Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili தமிழ் မြန်မာ ไทย Deutsch 日本語 پښتو অসমীয়া Shqip Svenska Nederlands ગુજરાતી Кыргызча नेपाली Yorùbá Lietuvių دری Српски Soomaali тоҷикӣ Kinyarwanda Română Magyar Čeština Moore Malagasy Oromoo ಕನ್ನಡ Wolof Azərbaycan O‘zbek Українська ქართული Македонски ភាសាខ្មែរ Bambara ਪੰਜਾਬੀ मराठी Kirundi Kurmancî Yaoالشرح
Sahabat, iaitu Sufyan bin ‘Abdullah رضي الله عنه bertanya kepada Nabi ﷺ agar baginda mengajarkannya suatu ucapan yang merangkumi makna-makna Islam, yang dapat dijadikan pegangan dan tidak akan bertanya tentangnya kepada orang lain. Maka Nabi ﷺ bersabda kepadanya: “Katakanlah: Aku mengesakan Allah, dan aku beriman bahawa Dia adalah Rabb-ku, Tuhanku, Penciptaku dan Tuhan yang aku sembah, tiada sekutu bagi-Nya.” Kemudian tunduk kepada perintah Allah dengan menunaikan segala kewajipan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, serta konsisten dalam melakukannya.فوائد الحديث
Asas agama ialah beriman kepada Allah dengan pengakuan-Nya sebagai Rabb, keesaan-Nya dalam ketuhanan, serta (beriman) drngan nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
Kepentingan istiqamah selepas beriman, konsisten dalam ibadah dan mengekalkan ketekunan dalam ketaatan.
Beriman merupakan syarat penerimaan amal ibadah.
Beriman kepada Allah meliputi segala yang wajib diyakini dari sudut akidah, asas-asasnya, amalan hati yang mengikutinya, serta kepatuhan dan penyerahan diri kepada Allah secara dalaman dan luaran.
Istiqamah ialah teguh di jalan yang benar dengan melaksanakan perkara wajib dan meninggalkan larangan.
