إعدادات العرض
“Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”
“Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”
Daripada Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi رضي الله عنه, beliau berkata: Aku berkata: “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”
الترجمة
العربية English မြန်မာ Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá اردو Bahasa Indonesia ئۇيغۇرچە සිංහල हिन्दी Tiếng Việt Hausa Kiswahili پښتو অসমীয়া دری Кыргызча or नेपाली Română Kinyarwanda বাংলা తెలుగు Bosanski Kurdî Lietuvių മലയാളം Nederlands Soomaali Shqip Српски Deutsch Українська ಕನ್ನಡ Wolof Moore Português ქართული Azərbaycan 中文 Magyar Tagalog தமிழ் فارسی Македонски Русский አማርኛ Malagasy Oromoo Türkçe ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ O‘zbek ភាសាខ្មែរ Españolالشرح
Sahabat, iaitu Sufyan bin ‘Abdullah رضي الله عنه bertanya kepada Nabi ﷺ agar baginda mengajarkannya suatu ucapan yang merangkumi makna-makna Islam, yang dapat dijadikan pegangan dan tidak akan bertanya tentangnya kepada orang lain. Maka Nabi ﷺ bersabda kepadanya: “Katakanlah: Aku mengesakan Allah, dan aku beriman bahawa Dia adalah Rabb-ku, Tuhanku, Penciptaku dan Tuhan yang aku sembah, tiada sekutu bagi-Nya.” Kemudian tunduk kepada perintah Allah dengan menunaikan segala kewajipan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, serta konsisten dalam melakukannya.فوائد الحديث
Asas agama ialah beriman kepada Allah dengan pengakuan-Nya sebagai Tuhan, keesaan-Nya dalam ketuhanan, serta pengakuan terhadap nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
Kepentingan istiqamah selepas beriman, iaitu meneruskan ibadah dengan konsisten dan mengekalkan ketekunan dalam ketaatan.
Beriman merupakan syarat penerimaan amal ibadah.
Beriman kepada Allah meliputi segala yang wajib diyakini dari sudut akidah dan asas-asasnya, beserta amalan hati yang mengikutinya, serta kepatuhan dan penyerahan diri kepada Allah secara batiniah dan zahiriah.
Istiqamah ialah teguh di jalan yang benar dengan melaksanakan perkara wajib dan meninggalkan larangan.