Apabila Allah menetapkan seorang hamba akan mati di sesebuah negeri, Dia akan menjadikan untuknya satu urusan di sana

Apabila Allah menetapkan seorang hamba akan mati di sesebuah negeri, Dia akan menjadikan untuknya satu urusan di sana

Daripada Matar bin 'Ukamis رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Apabila Allah menetapkan seorang hamba akan mati di sesebuah negeri, Dia akan menjadikan untuknya satu urusan di sana."

[صحيح] [رواه الترمذي]

الشرح

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa apabila Allah telah menetapkan dan menakdirkan seorang hamba akan mati di sesuatu negeri, sedangkan dia tidak berada di situ, nescaya Dia akan menjadikan suatu urusan untuknya di sana, lalu dia pun mendatanginya, dan rohnya akan dicabut di situ.

فوائد الحديث

Hadis ini membenarkan firman Allah 'Azza wa Jalla: “...dan tiada seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati.”

التصنيفات

Belief in the Divine Decree and Fate, Death and Its Rulings