إعدادات العرض
“Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan mengingati Allah.”
“Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan mengingati Allah.”
Daripada Abdullah bin Busr رضي الله عنه, beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ, lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam telah menjadi banyak bagi kami, adakah wujud satu pintu yang dapat kami pegang?” Nabi ﷺ bersabda: “Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan mengingati Allah.” Dalam sebuah riwayat daripada Mu‘ādh bin Jabal رضي الله عنه, beliau berkata: Perkara terakhir sekali saya bertanya kepada Rasulullah ﷺ sebelum berpisah: “Apakah amalan yang paling baik dan paling hampir kepada Allah?” Baginda ﷺ menjawab: “Engkau mati dalam keadaan lidahmu sentiasa basah dengan mengingati Allah Ta‘ālā.”
الترجمة
العربية Español አማርኛ English اردو Indonesia বাংলা Français Türkçe Русский Bosanski සිංහල हिन्दी 中文 فارسی Tiếng Việt Tagalog Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili தமிழ் ไทย Deutsch پښتو অসমীয়া Shqip Nederlands ગુજરાતી Кыргызча नेपाली Lietuvių دری Српски тоҷикӣ Kinyarwanda Magyar Čeština Moore Malagasy Oromoo ಕನ್ನಡ Wolof Azərbaycan O‘zbek Українська ქართული Македонски ភាសាខ្មែរ ਪੰਜਾਬੀ मराठी Kirundi Kurmancîالشرح
Seorang lelaki mengadu kepada Nabi صلى الله عليه وسلم bahawa amalan-amalan sunat telah banyak sehingga dia tidak mampu melaksanakannya kerana kelemahannya. Kemudian dia meminta Nabi صلى الله عليه وسلم menunjukkan kepadanya satu amalan yang ringan tetapi mendatangkan ganjaran besar untuk dia amalkan dan berpegang teguh dengannya. Maka Nabi صلى الله عليه وسلم membimbingnya agar lidahnya sentiasa basah dengan berterusan mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap waktu dan keadaan, sama ada dengan tasbih, tahmid, istighfar, doa dan sebagainya.فوائد الحديث
Keutamaan berterusan mengingati Allah تعالى.
Antara besarnya kurniaan Allah ialah memudahkan sebab-sebab untuk memperoleh pahala.
Perbezaan antara hamba-hamba Allah dalam bahagian mereka untuk melakukan pelbagai pintu kebaikan dan kebajikan.
Banyak mengingati Allah dengan lidah melalui tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan selainnya, disertai dengan keselarasan hati, yang boleh menggantikan banyak amalan sunat yang lain.
Perhatian Nabi صلى الله عليه وسلم terhadap orang yang bertanya dengan memberikan jawapan yang sesuai bagi setiap orang.
