إعدادات العرض
Rasulullah ﷺ menyampaikan kepada kami, dan dialah orang yang benar dan dipercayai: "Sesungguhnya penciptaan kamu adalah dengan dihimpunkan dalam rahim ibunya selama 40 hari 40 malam
Rasulullah ﷺ menyampaikan kepada kami, dan dialah orang yang benar dan dipercayai: "Sesungguhnya penciptaan kamu adalah dengan dihimpunkan dalam rahim ibunya selama 40 hari 40 malam
Daripada ʿAbdullāh bin Masʿūd رضي الله عنه: Rasulullah ﷺ menyampaikan kepada kami, dan dialah orang yang benar dan dipercayai: "Sesungguhnya penciptaan kamu adalah dengan dihimpunkan dalam rahim ibunya selama 40 hari 40 malam, kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama, kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh yang sama. Setelah itu, malaikat diutus kepadanya, lalu diperintahkan untuk menulis empat perkara: rezeki, ajal, amal perbuatan dan kecelakaan atau kebahagiaan. Kemudian ditiupkan roh ke dalamnya. Sesungguhnya seseorang daripada kamu melakukan amalan ahli syurga sehingga tiada jarak antaranya dengan syurga kecuali sehasta, tetapi ketetapan takdir mendahuluinya, lalu dia melakukan amalan ahli neraka maka dia pun memasukinya. Dan sesungguhnya seseorang daripada kamu melakukan amalan ahli neraka sehingga tiada jarak antaranya dengan neraka kecuali sehasta, tetapi ketetapan takdir mendahuluinya, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka dia pun memasukinya."
الترجمة
العربية English မြန်မာ Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands اردو Español Bahasa Indonesia ئۇيغۇرچە বাংলা Bosanski සිංහල हिन्दी Tiếng Việt Hausa മലയാളം తెలుగు Kiswahili پښتو অসমীয়া Shqip دری Ελληνικά Български Fulfulde ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek नेपाली Moore Kurdî Wolof Soomaali Français Azərbaycan Tagalog Українська தமிழ் Bambara Deutsch ქართული Português Македонски Magyar فارسی Русский 中文 ភាសាខ្មែរ አማርኛ Malagasy Oromoo ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe Lingala Italianoالشرح
Ibn Masʿūd رضي الله عنه berkata: Rasulullah ﷺ telah menyampaikan kepada kami, dan Baginda adalah orang yang benar dalam tutur katanya serta dibenarkan (oleh wahyu) kerana Allah ﷻ membenarkannya. Baginda bersabda: Sesungguhnya penciptaan kamu adalah dengan dihimpunkan; iaitu apabila seorang lelaki mendatangi isterinya, maka maninya yang berselerak itu dihimpunkan di dalam rahim wanita selama 40 hari sebagai setitis air mani. Kemudian ia menjadi segumpal darah beku yang pekat, dan ia berlaku dalam tempoh 40 hari yang kedua. Kemudian ia menjadi segumpal daging iaitu seketul daging seukuran sesuatu yang boleh dikunyah, dan perkara ini berlaku dalam 40 hari yang ketiga. Setelah berakhir tempoh 40 hari yang ketiga itu, Allah mengutus malaikat kepadanya, lalu malaikat tersebut meniupkan roh ke dalamnya. Malaikat itu juga diperintahkan untuk menulis empat perkara, iaitu: Rezekinya dan ia kadar nikmat dan pemberian yang akan diperolehnya sepanjang hidupnya. Ajalnya iaitu tempoh masa dia akan hidup di dunia. Amalannya, apakah yang akan dia lakukan? Sama ada dia sengsara atau bahagia. Kemudian Nabi ﷺ bersumpah bahawa seseorang itu akan melakukan amalan ahli syurga dan amalannya kelihatan baik, iaitu sebagaimana yang terlihat oleh manusia. Dia terus kekal demikian sehingga jaraknya dengan syurga hanyalah sehasta, iaitu tiada yang memisahkannya dengan syurga melainkan jarak sehasta seperti jarak di bumi. Namun, ketetapan takdir dan apa yang telah ditulis untuknya mengatasi dirinya, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka dia diakhiri dengan amalan tersebut dan dimasukkan ke dalam neraka. Hal ini kerana syarat penerimaan amal ialah dia terus istiqamah di atasnya dan tidak mengubahnya. Ada pula orang lain yang melakukan amalan ahli neraka sehingga dia hampir memasukinya, seakan-akan jarak antaranya dengan neraka hanyalah sehasta seperti jarak di bumi. Namun, ketetapan takdir dan apa yang telah ditulis baginya mengatasi dirinya, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka dia diakhiri dengan amalan tersebut dan dimasukkan ke dalam syurga.فوائد الحديث
Kesudahan segala urusan pada akhirnya kembali kepada apa yang telah ditetapkan oleh ketentuan (qadha’) dan telah ditulis oleh takdir.
Peringatan agar berhati-hati daripada terpedaya dengan rupa bentuk amalan kerana sesungguhnya amalan itu (diukur) berdasarkan penutupnya (kesudahannya).