إعدادات العرض
Sesiapa yang mereka-reka sesuatu perkara baharu dalam urusan (agama) kami ini yang bukan daripadanya, maka perkara itu tertolak
Sesiapa yang mereka-reka sesuatu perkara baharu dalam urusan (agama) kami ini yang bukan daripadanya, maka perkara itu tertolak
Daripada Ummul Mukminin, Ummu Abdullah, Aisyah رضي الله عنها, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sesiapa yang mereka-reka sesuatu perkara baharu dalam urusan (agama) kami ini yang bukan daripadanya, maka perkara itu tertolak." Dalam riwayat Muslim: “Sesiapa melakukan suatu amalan yang tiada perintah daripada kami ke atasnya, maka amalan itu tertolak.’”
الترجمة
العربية Español አማርኛ English اردو Indonesia বাংলা Français Türkçe Русский Bosanski සිංහල हिन्दी 中文 فارسی Tiếng Việt Tagalog Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili தமிழ் မြန်မာ ไทย Deutsch پښتو অসমীয়া Shqip Nederlands ગુજરાતી Кыргызча नेपाली Lietuvių دری Српски тоҷикӣ Kinyarwanda Română Magyar Čeština Moore Malagasy Oromoo ಕನ್ನಡ Wolof Azərbaycan O‘zbek Українська ქართული Македонски ភាសាខ្មែរ Bambara ਪੰਜਾਬੀ मराठी Kirundi Kurmancîالشرح
Nabi ﷺ menerangkan bahawa sesiapa yang mencipta dalam agama atau melakukan suatu amalan yang tiada dalil daripada al-Quran dan Sunnah, maka amalan itu ditolak dan tidak diterima di sisi Allah.فوائد الحديث
Ibadah dibina berdasarkan apa yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan Sunnah, maka kita tidak menyembah Allah melainkan dengan apa yang telah disyariatkan, bukan dengan bidah atau perkara baru yang diada-adakan.
Agama bukanlah berdasarkan pendapat atau selera hati seseorang, tetapi ia berlandaskan petunjuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Hadis ini menjadi dalil tentang kesempurnaan agama.
Bidah ialah setiap perkara yang diada-adakan dalam agama yang tidak wujud pada zaman Nabi ﷺ dan para sahabatnya, sama ada dari sudut akidah, perkataan atau amalan.
Hadis ini merupakan salah satu daripada prinsip asas dalam Islam dan ia bagaikan penimbang bagi segala amalan. Sebagaimana setiap amalan yang tidak diniatkan kerana Allah tidak akan mendapat pahala, demikian juga setiap amalan yang tidak selaras dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ tidak diterima daripada pelakunya.
Hadis ini merupakan kaedah menolak segala bidaah yang diada-adakan dan kemungkaran yang berlaku.
Perkara-perkara bidah yang dilarang merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan agama, bukan urusan duniawi.
