إعدادات العرض
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”
Daripada Anas رضي الله عنه, daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, baginda bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español Français Bahasa Indonesia Русский Tagalog Türkçe اردو 中文 हिन्दी ئۇيغۇرچە Hausa Kurdî Português සිංහල অসমীয়া Kiswahili Tiếng Việt ગુજરાતી Nederlands پښتو नेपाली മലയാളം Svenska Кыргызча Română ಕನ್ನಡ Српски తెలుగు ქართული Moore Magyar Kinyarwanda Македонски Čeština فارسی Українська Lietuvių አማርኛ Wolof Azərbaycan Malagasy ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ دری ភាសាខ្មែរ O‘zbek தமிழ் Oromoo тоҷикӣالشرح
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa iman yang sempurna bagi seorang Muslim tidak akan tercapai sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri dari segi ketaatan dan pelbagai kebaikan dalam agama dan dunia, serta membenci apa yang dibencinya untuk dirinya sendiri. Jika dia melihat saudaranya kekurangan dalam agamanya maka dia berusaha memperbaikinya, dan jika dia melihat kebaikan padanya maka dia membimbing dan menolongnya, serta menasihatinya dalam hal agama atau dunianya.فوائد الحديث
Kewajipan seseorang mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri kerana penafian iman daripada orang yang tidak mencintai untuk saudaranya apa yang dicintainya untuk dirinya itu menunjukkan bahawa perkara ini wajib.
Persaudaraan kerana Allah mengatasi persaudaraan keturunan, maka haknya lebih wajib dipenuhi.
Pengharaman terhadap segala yang menafikan kasih sayang ini melalui kata-kata dan perbuatan seperti menipu, mengumpat, dengki, atau menyerang diri, harta, atau maruah seorang Muslim.
Penggunaan beberapa perkataan yang mendorong kepada tindakan, berdasarkan sabda “untuk saudaranya”.
Al-Kirmānī رحمه الله berkata: “Termasuk dalam iman juga ialah membenci untuk saudaranya apa yang dibenci untuk dirinya sendiri berupa keburukan, namun ia tidak disebut secara khusus kerana mencintai sesuatu sudah memberi maksud membenci perkara yang bertentangan dengannya, maka tidak disebut secara terperinci adalah memadai.”