“Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Dan tidaklah hamba-Ku dapat mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu pun yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Aku fardukan ke atasnya

“Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Dan tidaklah hamba-Ku dapat mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu pun yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Aku fardukan ke atasnya

Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Dan tidaklah hamba-Ku dapat mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu pun yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Aku fardukan ke atasnya. Hamba-Ku terus mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang dia gunakan untuk melakukan sesuatu dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia memohon kepada-Ku, pasti Aku berikan. Jika dia memohon perlindungan kepada-Ku, pasti Aku melindunginya. Dan Aku tidak ragu-ragu dalam sesuatu yang Aku lakukan sebagaimana keraguan-Ku untuk mencabut nyawa orang mukmin. Dia takutkan kematian, dan Aku sendiri bimbang dia merasakan keperitan sakitnya.’”

الشرح

Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengkhabarkan dalam hadis Qudsi bahawa Allah 'Azza Wajalla berfirman: Sesiapa yang memusuhi dan menzalimi salah seorang wali-Ku serta menimbulkan kemarahannya, maka Aku telah memberitahunya dan mengumumkan permusuhan-Ku kepadanya. Wali (yang dimaksudkan) ialah orang mukmin yang bertaqwa, sebagaimana bertambahnya iman dan takwa seseorang hamba, maka sebegitulah pula kadar kedudukan kewalian di sisi Allah. Tidaklah seorang Muslim mendekatkan diri kepada Tuhannya dengan suatu amalan yang lebih disukai Allah berbanding amalan yang difardukan dan diwajibkan oleh-Nya, berupa melaksanakan ketaatan dan meninggalkan larangan. Orang Muslim itu terus-menerus mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunat di samping amalan-amalan wajib, sehingga dia memperoleh kasih sayang Allah. Maka apabila Allah mencintainya, Allah akan membimbingnya melalui empat anggota badan ini: Allah akan membimbingnya dalam pendengarannya, maka dia hanya mendengar apa yang diredai Allah. Allah membimbingnya dalam penglihatannya, maka dia hanya memandang apa yang disukai dan diredai Allah. Allah membimbingnya dalam perbuatan tangannya, maka dia hanya beramal dengan tangannya untuk perkara yang diredai Allah. Allah membimbingnya dalam perjalanan kakinya, maka dia hanya berjalan menuju perkara yang diredai Allah dan hanya berusaha melangkah ke arah perkara yang mempunyai kebaikan. Di samping itu, jika dia memohon sesuatu kepada Allah, nescaya Allah akan mengurniakan apa yang dimintanya, lalu doanya diterima. Jika dia memohon perlindungan kepada Allah dan (jika dia) pergi kepada-nya untuk meminta keselamatan, nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menjaganya dan melindunginya daripada apa yang ditakutinya. Kemudian Allah Ta‘ala berfirman: “Dan apa-apa yang Aku lakukan, tidaklah Aku ragui seperti keraguan-Ku dalam mencabut nyawa seorang mukmin sebagai belas kasihan kepadanya; kerana dia membenci kematian disebabkan kesakitan yang terkandung di dalamnya, dan Allah membenci segala yang menyakiti hamba-Nya yang beriman.”

فوائد الحديث

Hadis ini merupakan antara hadis yang diriwayatkan oleh Nabi ﷺ daripada Tuhannya, dan dikenali sebagai hadith Qudsi atau ilahi. Lafaz dan maknanya datang daripada Allah, namun dia tidak memiliki ciri-ciri khusus al-Quran yang membezakannya daripada yang lain, seperti dianggap sebagai ibadah dengan membacanya, bersuci kerananya (membacanya), bersifat mukjizat dan cabaran, serta keistimewaan lain.

Larangan daripada menyakiti para wali Allah dan galakan untuk mencintai mereka serta mengakui kelebihan mereka.

Perintah supaya memusuhi musuh Allah dan pengharaman bersekutu dengan mereka.

Sesiapa yang mendakwa sebagai wali Allah dengan tanpa mengikuti syariat-Nya maka dia berdusta dalam dakwaannya.

Kewalian boleh dicapai melalui pelaksanaan kewajipan dan meninggalkan yang haram.

Salah satu sebab Allah mencintai hamba-Nya dan mengabulkan doanya ialah dengan melaksanakan amalan sunat selepas menunaikan kewajipan dan meninggalkan perkara yang diharamkan.

Petunjuk kemuliaan para wali Allah dan tingginya darjat mereka.