إعدادات العرض
Amalan-amalan itu ada enam, dan manusia pula ada empat golongan: iaitu dua amalan yang mewajibkan, satu amalan yang dibalas setimpal, satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda, dan satu kebaikan dibalas tujuh ratus kali ganda
Amalan-amalan itu ada enam, dan manusia pula ada empat golongan: iaitu dua amalan yang mewajibkan, satu amalan yang dibalas setimpal, satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda, dan satu kebaikan dibalas tujuh ratus kali ganda
Daripada Khuraim bin Fatik رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: «Amalan-amalan itu ada enam, dan manusia pula ada empat golongan: iaitu dua amalan yang mewajibkan, satu amalan yang dibalas setimpal, satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda, dan satu kebaikan dibalas tujuh ratus kali ganda. Adapun dua amalan yang mewajibkan itu: sesiapa yang mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun nescaya dia masuk syurga, dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu nescaya dia masuk neraka. Adapun amalan yang dibalas setimpal: sesiapa yang berniat melakukan satu kebaikan sehingga hatinya merasainya dan Allah mengetahui niatnya itu, maka dicatatkan untuknya satu kebaikan. Dan sesiapa yang melakukan satu kejahatan, maka dicatatkan ke atasnya satu kejahatan. Sesiapa yang melakukan satu kebaikan, maka ganjarannya sepuluh kali ganda, dan sesiapa yang menginfakkan sesuatu pada jalan Allah, maka kebaikannya digandakan tujuh ratus kali. Adapun manusia pula, ada yang dilapangkan (rezekinya) di dunia tetapi disempitkan di akhirat, ada yang disempitkan di dunia tetapi dilapangkan di akhirat, ada yang disempitkan di dunia dan di akhirat, dan ada yang dilapangkan di dunia dan di akhirat».
الترجمة
العربية English မြန်မာ Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands اردو Español Indonesia ئۇيغۇرچە বাংলা Bosanski සිංහල हिन्दी Tiếng Việt Hausa മലയാളം తెలుగు Kiswahili پښتو অসমীয়া Shqip دری Ελληνικά Български Fulfulde ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek नेपाली Moore Kurdî Wolof Français Tagalog Azərbaycan Українська Bambara தமிழ் ქართული Deutsch Português Македонски Magyar فارسی Русский 中文 ភាសាខ្មែរ Malagasy Oromoo ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe Lingala Italiano አማርኛ Dansk Kirundi Kurmancî 日本語الشرح
Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa amalan terbahagi kepada enam jenis, dan manusia terbahagi kepada empat golongan. Enam amalan tersebut ialah: Pertama: Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka wajiblah baginya syurga. Kedua: Sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah, maka wajiblah neraka ke atasnya, dan dia akan kekal di dalamnya. Dan keduanya adalah yang mewajibkan. Dan yang ketiga: Kebaikan yang diniatkan. Sesiapa yang berniat untuk melakukan satu kebaikan, dan dia tulus dalam niatnya sehingga merasakannya di dalam hati dan Allah mengetahui niatnya itu, kemudian dia dihalangi oleh sesuatu perkara lalu tidak mampu melakukan kebaikan tersebut, maka ditulis baginya satu kebaikan yang sempurna. Dan yang keempat: Kejahatan yang dilakukan, sesiapa yang melakukan satu kejahatan, ia ditulis sebagai satu kejahatan sahaja. Keduanya ialah: satu balasan yang serupa, tanpa penggandaan. Dan kelima: Satu kebaikan menjadi sepuluh kebaikan sepertinya, iaitu bagi sesiapa yang berniat melakukan kebaikan dan melakukannya; maka ditulis baginya sepuluh kebaikan. Keenam, satu kebaikan boleh menjadi tujuh ratus kebaikan, iaitu sesiapa yang menginfakkan sesuatu di jalan Allah akan dicatat baginya ganjaran setara tujuh ratus kebaikan. Ini adalah limpah kurnia dan kemurahan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Adapun empat golongan manusia ialah: Pertama: Orang yang dilapangkan rezekinya di dunia, hidup dalam kenikmatan dan mendapat apa sahaja yang dikehendakinya, tetapi kehidupannya disempitkan di akhirat dan kesudahannya adalah ke neraka, iaitu orang kafir yang kaya. Kedua: Orang yang disempitkan rezekinya di dunia, tetapi diberikan kelapangan di akhirat dan tempat kembalinya adalah ke syurga. Dia ialah mukmin yang fakir. Ketiga: Orang yang disempitkan di dunia dan akhirat, iaitu orang kafir yang fakir. 4. Orang yang diberi kelapangan di dunia dan akhirat, iaitu orang mukmin yang kaya.فوائد الحديث
Besarnya kurniaan Allah Ta‘ala terhadap hamba-hamba-Nya dan pelipatgandaan-Nya bagi pahala kebaikan.
Keadilan dan kemurahan Allah, kerana Dia memperlakukan kita dengan adil dalam hal keburukan, maka balasan bagi satu keburukan adalah satu.
Besarnya dosa syirik kepada Allah, kerana ia menyebabkan pengharaman daripada syurga.
Penjelasan Kemuliaan Infak di Jalan Allah.
Pahala berlipat ganda bagi infak pada jalan Allah bermula daripada tujuh ratus kali ganda; kerana ia membantu meninggikan kalimah Allah.
Penjelasan tentang jenis-jenis manusia dan perbezaan mereka.
Di dunia, kelapangan diberikan buat orang beriman dan selainnya, manakala di akhirat, ia dikhususkan hanya buat orang beriman.
