إعدادات العرض
Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, dengar dan taat (kepada pemimpin), sekalipun yang memimpin kamu seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya siapa yang masih hidup selepas (kewafatan) aku nanti akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’…
Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, dengar dan taat (kepada pemimpin), sekalipun yang memimpin kamu seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya siapa yang masih hidup selepas (kewafatan) aku nanti akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat petunjuk
Daripada al-‘Irbad bin Sariyah رضي الله عنه, beliau berkata: “Pada suatu hari, Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah berdiri di hadapan kami, lalu baginda menyampaikan suatu nasihat yang sangat menyentuh hati, sehingga hati menjadi takut dan mata menitiskan air mata. Lalu dikatakan: "Wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang hendak berpisah. Oleh itu, berilah kami nasihat. Baginda bersabda: "Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, dengar dan taat (kepada pemimpin), sekalipun yang memimpin kamu seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya siapa yang masih hidup selepas (kewafatan) aku nanti akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat petunjuk; gigitlah ia dengan gigi geraham (pegang dengan teguh). Jauhilah perkara-perkara baru (dalam agama), kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat."
الترجمة
العربية English မြန်မာ Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá اردو Bahasa Indonesia ئۇيغۇرچە සිංහල हिन्दी Tiếng Việt Hausa Kiswahili پښتو অসমীয়া دری Кыргызча or नेपाली Română Kinyarwanda বাংলা తెలుగు Bosanski Kurdî Lietuvių മലയാളം Nederlands Soomaali Shqip Српски Deutsch Українська ಕನ್ನಡ Wolof Moore Português ქართული Azərbaycan 中文 Magyar فارسی Tagalog தமிழ் Македонски Русский አማርኛ Malagasy Oromoo ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe O‘zbek ភាសាខ្មែរ Français Españolالشرح
Nabi صلى الله عليه وسلم telah memberi satu nasihat yang sangat menusuk hati kepada para sahabatnya, sehingga hati mereka merasa takut dan air mata mereka bercucuran. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang hendak berpisah, kerana mereka melihat betapa bersungguh-sungguhnya baginda صلى الله عليه وسلم dalam memberi nasihat itu. Maka mereka meminta wasiat yang boleh mereka berpegang teguh dengannya selepas ketiadaan baginda. Baginda bersabda: Aku berwasiat kepada kamu agar bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan dan meninggalkan perkara-perkara yang haram. Dan (aku wasiatkan juga) supaya kamu dengar dan taat (kepada pemimpin), iaitu kepada para pemerintah. Sekalipun seorang hamba menjadi pemimpin kamu atau menguasai kamu – iaitu orang yang paling rendah kedudukannya menjadi pemimpin atasan kamu – maka janganlah kamu merasa keberatan untuk taat kepadanya. Hal ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah. Sesungguhnya sesiapa yang masih hidup selepas kamu akan melihat banyak perselisihan. Kemudian baginda menerangkan kepada mereka jalan keluar daripada perselisihan itu, iaitu dengan berpegang teguh kepada sunnah baginda dan sunnah para al-Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepas (pemergian) baginda, iaitu Abu Bakar al-Siddiq, ‘Umar bin al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan, dan ‘Ali bin Abi Talib رضي الله عنهم أجمعين. Dan (baginda menyuruh) menggigitnya dengan gigi geraham, iaitu bersungguh-sungguh dalam malazimi sunnah dan berpegang dengannya. Baginda memperingatkan mereka daripada perkara-perkara baru yang diada-adakan dalam agama, kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat.فوائد الحديث
Kepentingan berpegang teguh dengan sunnah dan mengikutinya.
Memberi perhatian terhadap nasihat (agama) dan melembutkan hati.
Perintah supaya mengikuti para khalifah yang terdidik lagi mendapat tunjuk ajar yang empat selepas baginda, iaitu Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali رضي الله عنهم.
Larangan melakukan bid'ah dalam agama kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat.
Dengar dan taat kepada sesiapa yang memegang urusan orang-orang beriman, selama mana bukan dalam perkara maksiat.
Kepentingan bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla pada setiap masa dan keadaan.
Perselisihan pasti akan berlaku dalam umat ini, dan apabila ia berlaku maka wajiblah kembali kepada sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم serta sunnah Khulafa’ al-Rasyidin.