إعدادات العرض
“Jauhilah kotoran ini (zina) yang Allah larang daripadanya. Sesiapa yang terlanjur melakukannya maka hendaklah dia menutup dirinya dengan perlindungan Allah dan bertaubat kepada-Nya. Sesungguhnya sesiapa yang menzahirkan (dosanya) kepada kami, nescaya kami akan melaksanakan hukum Allah عز وجل…
“Jauhilah kotoran ini (zina) yang Allah larang daripadanya. Sesiapa yang terlanjur melakukannya maka hendaklah dia menutup dirinya dengan perlindungan Allah dan bertaubat kepada-Nya. Sesungguhnya sesiapa yang menzahirkan (dosanya) kepada kami, nescaya kami akan melaksanakan hukum Allah عز وجل ke atasnya.”
Daripada 'Abdullah bin ‘Umar رضي الله عنهما, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bangun setelah merejam lelaki daripada kabilah al-Aslami, lalu baginda bersabda: “Jauhilah kotoran ini (zina) yang Allah larang daripadanya. Sesiapa yang terlanjur melakukannya maka hendaklah dia menutup dirinya dengan perlindungan Allah dan bertaubat kepada-Nya. Sesungguhnya sesiapa yang menzahirkan (dosanya) kepada kami, nescaya kami akan melaksanakan hukum Allah عز وجل ke atasnya.”
الترجمة
العربية Bosanski English فارسی Français Русский हिन्दी 中文 ئۇيغۇرچە Bahasa Indonesia اردو Kurdî Tiếng Việt Nederlands Kiswahili অসমীয়া ગુજરાતી සිංහල Magyar ქართული Hausa Română ไทย Português Tagalog मराठी ਪੰਜਾਬੀ دری አማርኛ বাংলা پښتو ភាសាខ្មែរ Español ಕನ್ನಡ Lietuvių Македонски Türkçe తెలుగు O‘zbek Українська Azərbaycan Moore Wolof Kinyarwanda Čeština Српски Shqip тоҷикӣ Кыргызча தமிழ்الشرح
Ibnu ‘Umar رضي الله عنهما memberitahu bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم berdiri setelah merejam Ma‘iz bin Malik al-Aslami رضي الله عنه dengan hukuman hudud zina, lalu baginda berkhutbah kepada orang ramai dan bersabda: Jauhilah kotoran ini (zina) dan segala perkara keji serta tercela berupa maksiat yang Allah larang daripadanya. Sesiapa yang terjerumus serta melakukan sebahagian daripadanya, maka wajib ke atasnya dua perkara: Pertama: Hendaklah dia menutup (aibnya) sebagaimana Allah telah menutupnya dan janganlah dia memberitahu tentang maksiatnya. Kedua: Hendaklah dia segera bertaubat kepada Allah dan tidak berterusan melakukannya. Sesiapa yang jelas kepada kami maksiatnya, maka kami akan menegakkan hukuman hudud yang telah disebut dalam Kitab Allah عز وجل bagi maksiat tersebut.فوائد الحديث
Galakan agar seorang hamba yang berdosa menutup (aib) dirinya sendiri dan bertaubat daripada dosa tersebut antara dirinya dengan Tuhannya.
Apabila hukuman hudud telah sampai kepada pengetahuan pemerintah, maka wajib dilaksanakan hudud tersebut.
Kewajipan menjauhi maksiat dan bertaubat daripadanya.