إعدادات العرض
Sesiapa yang mati tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk syurga; dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk neraka
Sesiapa yang mati tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk syurga; dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk neraka
Daripada Jabir RA, beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dua perkara yang mewajibkan itu?” Baginda bersabda: «Sesiapa yang mati tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk syurga; dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk neraka»
الترجمة
العربية English မြန်မာ Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands اردو Español Indonesia ئۇيغۇرچە বাংলা Bosanski සිංහල हिन्दी Tiếng Việt Kurdî Hausa മലയാളം తెలుగు Kiswahili پښتو অসমীয়া Shqip دری Ελληνικά Български Fulfulde ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek नेपाली Moore Wolof Soomaali Tagalog Français Azərbaycan Українська Português Bambara Deutsch தமிழ் ქართული Македонски Magyar فارسی Русский 中文 ភាសាខ្មែរ አማርኛ Malagasy Oromoo ไทย Dansk मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe Lingala Italiano Kirundi Yao Kurmancî 日本語الشرح
Seorang lelaki bertanya kepada Nabi ﷺ tentang dua perkara: yang menyebabkan masuk ke dalam syurga, dan yang menyebabkan masuk ke dalam neraka? Maka Nabi ﷺ menjawabnya bahawa perkara yang mewajibkan syurga ialah mati dalam keadaan menyembah Allah semata-mata dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, Dan bahawa perbuatan yang menyebabkan neraka adalah apabila seseorang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu, iaitu dengan menjadikan bagi Allah sekutu dan tandingan dalam uluhiyyah-Nya atau rububiyyah-Nya atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.فوائد الحديث
Keutamaan bertauhid dan bahawa sesiapa yang mati dalam keadaan beriman tanpa mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun akan masuk syurga.
Syirik adalah berbahaya, dan sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan menyekutukan Allah akan dimasukkan ke dalam neraka.
Para pelaku maksiat daripada golongan yang mengesakan-Nya adalah di bawah kehendak Allah SWT; jika Dia berkehendak, Dia akan mengazab mereka, dan jika Dia berkehendak, Dia akan mengampuni mereka, kemudian kesudahan mereka adalah ke syurga.
