Bahawa Nabi ﷺ apabila pergi ke tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua telapak tangannya, kemudian meniup pada keduanya lalu membaca: {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ…

Bahawa Nabi ﷺ apabila pergi ke tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua telapak tangannya, kemudian meniup pada keduanya lalu membaca: {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ}

Daripada Aisyah RA: Bahawa Nabi ﷺ apabila pergi ke tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua telapak tangannya, kemudian meniup pada keduanya lalu membaca: {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ}، وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ}, kemudian baginda menyapu bahagian badannya yang dapat dicapai dengan kedua-dua tangannya, bermula dari kepala, muka, dan bahagian hadapan badannya. Baginda melakukan perkara itu sebanyak tiga kali.

[صحيح] [رواه البخاري]

الشرح

Antara sunnah Baginda ﷺ, apabila hendak tidur di pembaringannya, baginda akan menyatukan kedua-dua tapak tangannya dan mengangkatnya -seperti orang yang berdoa-, lalu meniup ke dalamnya dengan tiupan yang lembut berserta sedikit air liur, dan membaca tiga surah: {قل هو الله أحد}, {قل أعوذ برب الفلق}, dan {قل أعوذ برب الناس}. Kemudian, baginda menyapu dengan kedua-dua tapak tangannya pada bahagian badannya yang mampu dicapai; bermula dengan kepala, muka, dan bahagian hadapan badannya. Baginda mengulangi perbuatan ini tiga kali.

فوائد الحديث

Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas sebelum tidur, kemudian menghembus halus dengannya dan mengusap ke seluruh bahagian badan yang mampu dicapai.

التصنيفات

Virtues of Surahs and Verses, Manners of Sleeping and Waking Up