إعدادات العرض
“Wahai Rasulullah, bagaimana jika aku menunaikan solat fardu, berpuasa Ramadan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram,
“Wahai Rasulullah, bagaimana jika aku menunaikan solat fardu, berpuasa Ramadan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram,
Daripada Abu ‘Abdullah, Jabir bin ‘Abdullah Al-Ansari رضي الله عنهما: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana jika aku menunaikan solat fardu, berpuasa Ramadan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram, serta tidak menambah apa-apa lagi selain itu, adakah aku akan masuk syurga?” Baginda menjawab: “Ya.”
الترجمة
العربية Español አማርኛ English اردو Indonesia বাংলা Français Türkçe Русский Bosanski සිංහල हिन्दी 中文 فارسی Tiếng Việt Tagalog Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili தமிழ் မြန်မာ ไทย Deutsch پښتو অসমীয়া Shqip Nederlands ગુજરાતી Кыргызча नेपाली Lietuvių دری Српски тоҷикӣ Kinyarwanda Română Magyar Čeština Moore Malagasy Oromoo ಕನ್ನಡ Wolof Azərbaycan O‘zbek Українська ქართული Македонски ភាសាខ្មែរ Bambara ਪੰਜਾਬੀ मराठी Kirundi Kurmancîالشرح
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa sesiapa yang menunaikan solat lima waktu yang diwajibkan tanpa menambah sebarang solat sunat, berpuasa pada bulan Ramadan tanpa puasa sunat, meyakini kehalalan perkara yang halal dan melakukannya serta meyakini keharaman perkara yang haram dan menjauhinya, maka dia akan masuk syurga.فوائد الحديث
Seorang Muslim harus berusaha menunaikan kewajipan (fardu) dan meninggalkan perkara yang haram, dengan tujuan utamanya adalah untuk masuk syurga.
Kepentingan melakukan yang halal dan meyakini kehalalannya, serta mengharamkan yang haram dan meyakini keharamannya.
Melakukan kewajipan (fardu) dan meninggalkan perkara yang haram adalah sebab masuk ke syurga.
