Kiamat tidak akan berlaku sehingga matahari terbit dari barat. Maka apabila ia terbit dan manusia melihatnya, mereka semua beriman

Kiamat tidak akan berlaku sehingga matahari terbit dari barat. Maka apabila ia terbit dan manusia melihatnya, mereka semua beriman

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: «Kiamat tidak akan berlaku sehingga matahari terbit dari barat. Maka apabila ia terbit dan manusia melihatnya, mereka semua beriman, maka pada waktu itulah: {Tidak lagi bermanfaat iman seseorang kepada dirinya yang belum beriman sebelum itu, atau (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya} [al-An'am: 158]. Dan sungguh, kiamat akan berlaku ketika dua orang lelaki sedang membentangkan kain antara mereka, lalu mereka tidak sempat berjual beli dan tidak pula sempat melipatnya. Dan sungguh, kiamat akan berlaku ketika seorang lelaki pulang membawa susu untanya yang baru diperah, lalu dia tidak sempat meminumnya. Dan sungguh, kiamat akan berlaku ketika seseorang sedang memperbaiki kolam airnya, lalu dia tidak sempat memberi minum (ternakannya) daripadanya. Dan sungguh, kiamat akan berlaku sedang salah seorang daripada kamu telah mengangkat suapan makanannya ke mulutnya, lalu dia tidak sempat memakannya».

[صحيح] [متفق عليه]

الشرح

Rasulullah ﷺ memberitahu bahawa antara tanda-tanda kiamat utama ialah terbitnya matahari dari barat, bukannya dari timur, dan apabila manusia melihatnya, mereka semua beriman, Maka pada ketika itu, iman tidak memberi manfaat kepada orang kafir, begitu juga amalan soleh dan taubat. Kemudian Rasulullah ﷺ memberitahu bahawa hari kiamat datang secara tiba-tiba; sehingga ia berlaku ketika manusia sedang sibuk dengan pelbagai urusan kehidupan mereka; Maka berlakulah kiamat, sedangkan penjual dan pembeli telah membentangkan kain di antara mereka, lalu mereka tidak sempat berjual beli, dan tidak sempat melipatnya semula, Dan berlakulah kiamat, sedang seorang lelaki baru sahaja mengambil susu unta perahannya, lalu dia tidak sempat meminumnya, Kiamat terjadi ketika seorang lelaki sedang membaiki dan menampal takungan airnya, tetapi dia tidak sempat menggunakannya untuk memberi minum. Kiamat juga terjadi ketika mana seseorang telah mengangkat suapannya ke mulutnya untuk makan, lalu tidak sempat memakannya.

فوائد الحديث

Islam dan taubat diterima selagi tidak terbit matahari dari barat.

Galakan untuk bersiap sedia bagi menghadapi hari kiamat dengan iman dan amalan soleh; kerana kiamat datang secara tiba-tiba.

التصنيفات

The Barzakh Life (After death Period), Interpretation of verses