Aku adalah yang paling tidak berhajat kepada sebarang sekutu. Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, lalu dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya

Aku adalah yang paling tidak berhajat kepada sebarang sekutu. Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, lalu dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Allah SWT berfirman: "Aku adalah yang paling tidak berhajat kepada sebarang sekutu. Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, lalu dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya."

[صحيح] [رواه مسلم]

الشرح

Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa Allah تبارك وتعالى berfirman bahawa Dia adalah yang paling tidak memerlukan sekutu, kerana Dia Maha Kaya dan tidak berhajat kepada sesuatu pun; dan bahawa jika seseorang melakukan suatu amalan ketaatan lalu menjadikannya untuk Allah dan untuk selain-Nya, maka Allah akan meninggalkannya, tidak menerimanya, dan mengembalikannya kepada pelakunya. Maka wajib mengikhlaskan amalan hanya kepada Allah SWT, kerana Dia tidak menerima melainkan amalan yang tulus ikhlas demi mencari keredaan-Nya.

فوائد الحديث

Peringatan terhadap syirik dengan segala bentuknya dan bahawa ia adalah penghalang daripada penerimaan amalan.

Menghayati kekayaan dan kebesaran Allah membantu untuk ikhlas dalam amalan.

التصنيفات

Oneness of Allah's Worship, Acts of Heart