إعدادات العرض
“Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Dia akan memberi kamu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Ia keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang.”
“Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Dia akan memberi kamu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Ia keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang.”
Daripada ‘Umar bin al-Khattab رضي الله عنه, bahawa beliau mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Dia akan memberi kamu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Ia keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang.”
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español Français Bahasa Indonesia Русский Türkçe اردو 中文 हिन्दी Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili فارسی தமிழ் සිංහල မြန်မာ Deutsch 日本語 پښتو Tiếng Việt অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands ئۇيغۇرچە دری Fulfulde Magyar ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски O‘zbek Moore नेपाली тоҷикӣ Oromoo Wolof Soomaali Български Українська Tagalog Azərbaycan ქართული Bambara Македонски Ελληνικά Akan ភាសាខ្មែរ አማርኛ Malagasy ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ Lingala Italianoالشرح
Nabi صلى الله عليه وسلم mendorong kita untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah عز وجل dalam mendapatkan manfaat dan menolak kemudaratan, baik dalam urusan dunia mahupun agama, kerana tiada yang memberi, menahan, memudaratkan, atau memberi manfaat selain daripada-Nya. Kita juga disuruh melakukan sebab-sebab yang mendatangkan manfaat dan menolak kemudaratan dengan kebergantungan penuh kepada Allah. Apabila kita melakukannya maka Allah akan memberi rezeki kepada kita sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang. Perbuatan burung ini merupakan salah satu bentuk usaha dalam mencari rezeki, bukan bermaksud bertawakal sambil bersikap malas atau tidak berusaha.فوائد الحديث
Keutamaan tawakal di mana ia termasuk antara sebab yang paling utama untuk mendatangkan rezeki.
Tawakal tidak menafikan usaha. Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa tawakal yang sebenar tidak bercanggah dengan keluar pada waktu pagi dan kembali waktu petang dalam mencari rezeki.
Syariat memberi perhatian kepada amalan hati kerana tawakal merupakan amalan hati.
Bergantung semata-mata kepada sebab dengan tanpa tawakal menunjukkan kekurangan dalam agama, manakala meninggalkan sebab pula menunjukkan kekurangan dalam akal.