Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah diangkatnya ilmu, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya amalan meminum arak, sedikitnya kaum lelaki dan ramainya kaum wanita, sehinggakan bagi lima puluh orang wanita, penjaganya hanyalah seorang lelaki

Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah diangkatnya ilmu, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya amalan meminum arak, sedikitnya kaum lelaki dan ramainya kaum wanita, sehinggakan bagi lima puluh orang wanita, penjaganya hanyalah seorang lelaki

Daripada Anas رضي الله عنه, beliau berkata: Aku akan menceritakan kepada kamu satu hadis yang aku dengar daripada Rasulullah ﷺ, yang tidak akan disampaikan oleh sesiapa pun selainku: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah diangkatnya ilmu, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya amalan meminum arak, sedikitnya kaum lelaki dan ramainya kaum wanita, sehinggakan bagi lima puluh orang wanita, penjaganya hanyalah seorang lelaki."

[صحيح] [متفق عليه]

الشرح

Nabi ﷺ menjelaskan bahawa antara tanda-tanda hampirnya kiamat ialah diangkatnya ilmu syariat, iaitu dengan kewafatan para ulama, Natijahnya, kejahilan bertambah banyak dan tersebar, perzinaan dan perbuatan keji tersebar, perbuatan meminum arak bertambah banyak, dan bilangan kaum lelaki berkurangan manakala bilangan kaum wanita bertambah; sehinggakan bagi lima puluh orang wanita ada seorang lelaki yang menguruskan hal ehwal mereka dan menjaga maslahat mereka.

فوائد الحديث

Penjelasan beberapa tanda kiamat.

Pengetahuan tentang waktu berlakunya kiamat adalah daripada perkara ghaib yang hanya Allah mengetahuinya.

Galakan untuk menuntut ilmu syarie sebelum kehilangannya.

التصنيفات

The Barzakh Life (After death Period), Excellence of Knowledge