Janganlah kamu mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, atau untuk berdebat dengan orang bodoh

Janganlah kamu mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, atau untuk berdebat dengan orang bodoh

Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Janganlah kamu mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, atau untuk berdebat dengan orang bodoh, atau untuk menarik perhatian dalam majlis-majlis. Sesiapa yang melakukan demikian, maka nerakalah, nerakalah."

[صحيح] [رواه ابن ماجه]

الشرح

Nabi ﷺ telah memberi amaran tentang perbuatan menuntut ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, dan menzahirkan diri sebagai seorang alim seperti mereka; atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh dan yang cetek akalnya; atau mempelajarinya untuk mendapat kedudukan utama dalam majlis-majlis dan didahulukan mengatasi orang lain di dalamnya. Maka sesiapa yang berbuat demikian, dia berhak mendapat neraka kerana riaknya dan tidak ikhlas dalam menuntut ilmu kerana Allah.

فوائد الحديث

Ancaman neraka bagi sesiapa yang mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga, berdebat, atau mendahului dalam majlis-majlis, dan seumpamanya.

Kepentingan ikhlas dalam niat bagi orang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya.

Niat adalah asas amalan dan balasan adalah berdasarkannya.

التصنيفات

Heart Diseases, Condemning Whims and Desires, Merit and Significance of Knowledge