إعدادات العرض
”Susuan itu mengharamkan seperti pengharaman kerana kelahiran (nasab dan keturunan)
”Susuan itu mengharamkan seperti pengharaman kerana kelahiran (nasab dan keturunan)
Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: ”Susuan itu mengharamkan seperti pengharaman kerana kelahiran (nasab dan keturunan)."
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español فارسی Français Bahasa Indonesia Русский Tagalog Türkçe اردو 中文 हिन्दी ئۇيغۇرچە Hausa Kurdî Português සිංහල دری অসমীয়া پښتو O‘zbek Tiếng Việt Македонски Kiswahili ភាសាខ្មែរ ਪੰਜਾਬੀ తెలుగు ไทย Moore አማርኛ Magyar Azərbaycan ქართული ಕನ್ನಡ ગુજરાતી Українська Shqip Кыргызча Kinyarwanda Српски тоҷикӣ Wolof Čeština தமிழ் नेपाली മലയാളം kmr Lietuvių Deutschالشرح
Nabi ﷺ telah menjelaskan bahawa pengharaman kerana susuan adalah sama seperti pengharaman kerana kelahiran dan keturunan, yang terdiri daripada bapa saudara (sebelah ibu atau ayah) atau abang… dan penyusuan membolehkan apa yang dibolehkan disebabkan kelahiran dari segi hukum-hakam.فوائد الحديث
Hadis ini merupakan kaedah asas dalam hukum-hakam berkaitan penyusuan.
Ibn Hajar berkata: Maksud sabda baginda, “Penyusuan mengharamkan apa yang diharamkan kerana kelahiran,” ialah susuan juga membolehkan apa yang dibolehkan (dengan sebab kelahiran). Hal ini disepakati oleh semua ulama berkenaan dengan pengharaman perkahwinan (antara ibu dan anak susuan) dan perkara-perkara yang bersangkutan, seterusnya menjadi haram juga antara bayi yang disusukan dengan anak-anak ibu susuan, serta meletakkan mereka pada kedudukan saudara dari segi keharusan memandang, berdua-duaan (khalwah), dan bermusafir bersama. Namun, ia tidak membawa kesan kepada hukum-hakam lain seperti pewarisan, kewajipan nafkah, pembebasan hamba, kesaksian, kecerdasan akal dan penghapusan hukuman qisas.
Penetapan hukum haram melalui penyusuan sebagai pengharaman yang kekal.
Hadis-hadis lain menunjukkan bahawa pengharaman melalui penyusuan ditetapkan dengan lima kali penyusuan yang jelas, dan hendaklah berlaku dalam dua tahun pertama.
Perempuan yang haram dinikahi kerana nasab ialah: Ibu-ibu, termasuk nenek-nenek, sama ada dari pihak ibu atau bapa. Anak-anak perempuan, termasuk anak perempuan kepada anak perempuan dan anak perempuan kepada anak lelaki, juga dari generasi yang selepas mereka (cucu perempuan dan seterusnya). Saudara-mara perempuan, sama ada dari pihak ibu dan bapa, atau hanya dari salah satu pihak. Mak cik sebelah bapa, termasuk semua saudara perempuan kepada bapa sama ada seibu sebapa atau cuma seibu mahupun sebapa sahaja, begitu juga semua saudara perempuan kepada datuk, juga dari generasi lebih tinggi. Mak cik sebelah ibu, termasuk semua saudara perempuan kepada ibu sama ada seibu sebapa atau cuma seibu mahupun sebapa sahaja, begitu juga semua saudara perempuan kepada nenek, juga dari generasi lebih tinggi, sama ada nenek dari pihak bapa atau ibu. Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki, dan anak perempuan kepada adik-beradik perempuan, termasuk anak-anak perempuan mereka, juga dari generasi selepas mereka.
Wanita yang haram kerana penyusuan, pengharamannya adalah sama seperti yang diharamkan dengan sebab nasab. Maka, setiap wanita yang haram kerana nasab, menjadi haram juga kerana penyusuan, kecuali ibu kepada saudara lelaki susuannya dan adik-beradik perempuan bagi anak lelaki susuannya, kerana keduanya tidak menjadi haram.
