إعدادات العرض
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas
Daripada Nuʿmān bin Bashīr رضي الله عنه, beliau berkata: "Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda – sambil Nuʿmān mengisyaratkan kedua-dua jarinya ke telinganya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar), yang tidak diketahui oleh ramai orang. Maka sesiapa yang menjaga diri daripada perkara-perkara syubhah, dia telah membersihkan agama dan maruahnya. Sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhah, dia akan terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang mengembala ternakannya di sekitar kawasan larangan, hampir-hampir dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki kawasan larangan, dan ketahuilah bahawa kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah hati."
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español فارسی Français Bahasa Indonesia Русский Tagalog Türkçe اردو 中文 हिन्दी ئۇيغۇرچە Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili မြန်မာ Deutsch 日本語 پښتو Tiếng Việt অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands සිංහල தமிழ் دری Fulfulde Magyar ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek Moore नेपाली Oromoo Wolof Soomaali Български Українська Azərbaycan Bambara ქართული Македонски Ελληνικά ភាសាខ្មែរ Akan አማርኛ Italiano Malagasy ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ Lingalaالشرح
Nabi ﷺ menjelaskan satu kaedah umum mengenai sesuatu perkara, bahawa dalam syariat ia terbahagi kepada tiga kategori: perkara yang jelas halal, perkara yang jelas haram, dan perkara-perkara yang meragukan (syubhah) yang tidak jelas hukumnya dari sudut halal atau haramnya, yang mana ramai orang tidak mengetahui hukumnya. Maka sesiapa yang meninggalkan perkara-perkara yang meragukan untuknya maka agamanya akan selamat kerana menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perkara haram, dan maruahnya juga akan terpelihara daripada celaan manusia disebabkan perbuatannya terhadap perkara yang meragukan itu. Dan sesiapa yang tidak menjauhi perkara-perkara syubhah, dia telah mendedahkan dirinya sama ada kepada dosa kerana terjatuh ke dalam perkara haram atau kepada celaan manusia terhadap maruahnya. Rasulullah ﷺ memberikan satu perumpamaan untuk menjelaskan keadaan orang yang melakukan perkara syubhah bahawa ia seperti seorang pengembala yang mengembala ternakannya berhampiran kawasan larangan milik seorang pemilik tanah, sehingga hampir-hampir ternakannya memasuki kawasan tersebut kerana terlalu dekat dengannya. Begitu jugalah orang yang melakukan perkara syubhah, dia telah mendekatkan dirinya dengan perkara haram sehingga hampir-hampir terjatuh ke dalamnya. Setelah itu, Nabi ﷺ memberitahu bahawa di dalam tubuh manusia terdapat seketul daging, iaitu hati. Apabila hati itu baik, baiklah seluruh tubuh dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh tubuh.فوائد الحديث
Galakan supaya meninggalkan perkara yang meragukan, iaitu perkara yang belum jelas hukumnya.