إعدادات العرض
Sesiapa yang berbuat baik dalam Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukannya pada zaman Jahiliah, dan sesiapa yang berbuat jahat dalam Islam, dia akan dipertanggungjawabkan atas yang pertama dan yang terakhir
Sesiapa yang berbuat baik dalam Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukannya pada zaman Jahiliah, dan sesiapa yang berbuat jahat dalam Islam, dia akan dipertanggungjawabkan atas yang pertama dan yang terakhir
Daripada Ibn Mas'ūd RA, beliau berkata: Seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah kami akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kami lakukan pada zaman Jahiliah?” Baginda bersabda: «Sesiapa yang berbuat baik dalam Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukannya pada zaman Jahiliah, dan sesiapa yang berbuat jahat dalam Islam, dia akan dipertanggungjawabkan atas yang pertama dan yang terakhir».
الترجمة
العربية Kurdî English Kiswahili Español اردو Português বাংলা Indonesia فارسی தமிழ் हिन्दी සිංහල Tiếng Việt മലയാളം Русский မြန်မာ ไทย پښتو অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands ئۇيغۇرچە Bosanski Hausa తెలుగు دری Ελληνικά Azərbaycan Български Fulfulde ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek नेपाली Moore Wolof Tagalog Soomaali Français Українська Bambara Deutsch ქართული Македонски Magyar 中文 Kirundi ភាសាខ្មែរ አማርኛ Malagasy Oromoo Dansk मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe Lingala Italiano Yao Kurmancî 日本語الشرح
Nabi ﷺ menjelaskan kemuliaan memeluk Islam, Dan bahawa sesiapa yang memeluk Islam dan baik keislamannya, serta ikhlas dan benar, maka dia tidak akan dihisab atas perbuatan-perbuatan maksiat yang telah dilakukannya pada zaman jahiliyah, Sesiapa yang melakukan kejahatan dalam Islam dengan menjadi seorang munafik atau murtad daripada agamanya, maka dia akan dihisab atas amalannya semasa dalam kekafiran dan juga atas amalannya semasa dalam Islam.فوائد الحديث
Keprihatinan para sahabat رضوان الله عليهم dan ketakutan mereka terhadap amal perbuatan yang pernah mereka lakukan pada zaman jahiliah.
Galakan untuk tetap teguh di atas Islam.
Keutamaan memeluk Islam dan bahawa ia menghapuskan amalan-amalan terdahulu.
Orang murtad dan munafik akan dihisab atas setiap amalan yang dilakukannya pada zaman jahiliah, dan atas setiap dosa yang dilakukannya dalam Islam.
