إعدادات العرض
kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”
kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”
Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها, beliau berkata: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, Ibn Jud‘an semasa jahiliah dia menyambung silaturahim dan memberi makan orang miskin, apakah itu bermanfaat baginya?” Baginda bersabda: “Tidak bermanfaat, kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”
الترجمة
العربية English မြန်မာ Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands اردو Español Indonesia ئۇيغۇرچە বাংলা Bosanski සිංහල हिन्दी Tiếng Việt Kurdî Hausa മലയാളം తెలుగు Kiswahili پښتو অসমীয়া Shqip دری Ελληνικά Български Fulfulde ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek नेपाली Moore Wolof Soomaali Tagalog Français Azərbaycan Українська Bambara தமிழ் Deutsch ქართული Português Македонски Magyar فارسی Русский 中文 ភាសាខ្មែរ Malagasy Oromoo ไทย Dansk मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe Lingala Italiano አማርኛ Kirundi Kurmancî 日本語الشرح
Nabi ﷺ telah mengkhabarkan mengenai Abdullah bin Jud'an, dan beliau merupakan salah seorang pembesar Quraisy sebelum Islam, Antara perbuatan baiknya ialah dia menyambung silaturahim dan berbuat baik kepada kaum kerabatnya, memberi makan orang miskin, dan lain-lain amalan mulia yang dianjurkan oleh Islam, namun amalan-amalan ini tidak akan memberinya manfaat di akhirat. Hal ini kerana kekufurannya kepada Allah, dan kerana dia tidak pernah sekalipun berkata: “Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada hari pembalasan.”فوائد الحديث
Penjelasan kelebihan iman, dan bahawa ia ialah syarat bagi penerimaan amal ibadah.
Menjelaskan keburukan kekufuran, dan bahawa ia membatalkan amalan-amalan soleh.
Amalan-amalan orang kafir tidak akan memberi manfaat kepada mereka di akhirat kerana mereka tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Amalan seseorang semasa kafir akan tetap dicatat untuknya apabila dia memeluk Islam, dan dia akan menerima balasannya.
