Katakanlah: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah,’ aku akan bersaksi untukmu dengannya pada Hari Kiamat

Katakanlah: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah,’ aku akan bersaksi untukmu dengannya pada Hari Kiamat

Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda kepada bapa saudaranya: “Katakanlah: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah,’ aku akan bersaksi untukmu dengannya pada Hari Kiamat.” Dia berkata: “Kalaulah bukan kerana kaum Quraisy akan mencelaku, dengan berkata: ‘Sesungguhnya yang mendorongnya berbuat demikian hanyalah kerana ketakutan (menghadapi kematian),’ nescaya aku akan mengucapkannya untuk menyenangkan hatimu.” Lalu Allah menurunkan firman-Nya: {Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki} [al-Qasas: 56].

[صحيح] [رواه مسلم]

الشرح

Nabi ﷺ meminta bapa saudaranya Abu Talib, ketika beliau sedang dalam sakaratulmaut, agar mengucapkan 'tiada yang berhak disembah selain Allah' supaya baginda boleh memberikannya syafaat pada hari kiamat dan menjadi saksi keislamannya. Namun beliau enggan melafazkan syahadah kerana bimbang kaum Quraisy akan mencelanya dan mengatakan bahawa beliau memeluk Islam hanya kerana takut akan kematian dan berada dalam keadaan lemah! Lalu beliau berkata kepada Nabi ﷺ: "Kalaulah bukan kerana itu, nescaya aku telah menggembirakan hatimu dengan melafazkan syahadah, dan aku tunaikan hajatmu sehingga engkau reda!" Maka Allah SWT menurunkan ayat yang menunjukkan bahawa Nabi ﷺ tidak memiliki hidayah taufik untuk Islam, sebaliknya hanya Allah SWT sahajalah yang memberi taufik kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan bahawa Nabi ﷺ memberi hidayah kepada makhluk dalam bentuk petunjuk, penjelasan, bimbingan dan seruan ke jalan yang lurus.

فوائد الحديث

Kebenaran tidak ditinggalkan kerana takut akan kata-kata manusia.

Nabi ﷺ hanya memiliki bimbingan berbentuk tunjuk ajar, bukan bimbingan taufik.

Pensyariatan menziarahi orang kafir yang sakit untuk menyerunya kepada Islam.

Nabi ﷺ bersungguh-sungguh dalam berdakwah kepada Allah SWT pada setiap keadaan.

التصنيفات

Belief in the Divine Decree and Fate, Islam, Excellence of Monotheism