إعدادات العرض
“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, dan bahawa Muhammad ialah utusan Allah, serta menunaikan solat dan membayar zakat,
“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, dan bahawa Muhammad ialah utusan Allah, serta menunaikan solat dan membayar zakat,
Daripada Ibnu Umar رضي الله عنهما bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, dan bahawa Muhammad ialah utusan Allah, serta menunaikan solat dan membayar zakat, apabila mereka melakukan semua itu, maka darah dan harta mereka terpelihara daripadaku kecuali menurut hak (menurut) Islam, dan perhitungan mereka di sisi Allah.”
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español فارسی Français Bahasa Indonesia Русский Tagalog Türkçe اردو 中文 हिन्दी Hausa Kurdî Kiswahili Português සිංහල Svenska ગુજરાતી Yorùbá ئۇيغۇرچە Tiếng Việt پښتو অসমীয়া دری Кыргызча or नेपाली Čeština Română Nederlands Soomaali తెలుగు മലയാളം Српски Kinyarwanda ಕನ್ನಡ Lietuvių Shqip Wolof Українська ქართული Moore Magyar Македонски Azərbaycan Malagasy Oromoo ไทย Deutsch मराठी ਪੰਜਾਬੀ አማርኛ O‘zbek ភាសាខ្មែរ தமிழ்الشرح
Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa Allah memerintahkan baginda untuk memerangi kaum musyrik sehingga mereka mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah sahaja, tiada sekutu bagi-Nya dan mereka mengakui Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai Rasul-Nya, serta melaksanakan tuntutan syahadah itu dengan menegakkan solat lima waktu dan menunaikan zakat yang wajib kepada yang berhak (mendapatnya). Apabila mereka sudah melakukan perkara-perkara tersebut maka Islam memelihara nyawa dan harta mereka, tidak halal membunuh mereka melainkan jika mereka melakukan jenayah atau kesalahan yang memang layak dikenakan hukuman mati menurut hukum Islam. Kemudian pada hari kiamat, Allah SWT akan mengadili mereka kerana Dia Maha Mengetahui segala yang tersimpan dalam hati mereka.فوائد الحديث
Hukum-hukum syarak hanya terpakai pada perkara yang zahir, manakala Allah SWT mengadili perkara yang tersembunyi dalam hati.
Kepentingan dakwah kepada mengesakan Allah kerana ia merupakan perkara pertama yang harus didahulukan dalam menyampaikan agama.
Hadis ini tidak bermaksud memaksa orang kafir memeluk Islam, sebaliknya mereka diberi pilihan sama ada memeluk Islam atau membayar jizyah. Sekiranya mereka enggan melainkan menghalang dakwah Islam, maka barulah dibenarkan tindakan peperangan menurut hukum Islam.