إعدادات العرض
Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu juga, maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman
Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu juga, maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman
Daripada Abu Sa‘id al-Khudri رضي الله عنه berkata: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu juga, maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman."
الترجمة
العربية Kurdî English Kiswahili Español اردو Português বাংলা Bahasa Indonesia فارسی தமிழ் हिन्दी සිංහල Tiếng Việt മലയാളം Русский မြန်မာ ไทย پښتو অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands ئۇيغۇرچە Bosanski Hausa తెలుగు دری Ελληνικά Azərbaycan Български Fulfulde ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek नेपाली Moore Wolof Tagalog Soomaali Français Українська Bambara Deutsch ქართული Македонски Magyar 中文 rn ភាសាខ្មែរ አማርኛ Malagasy Oromoo मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe Lingala Italianoالشرح
Nabi صلى الله عليه وسلم memerintahkan supaya mengubah kemungkaran iaitu segala yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya menurut kemampuan. Maka apabila seseorang melihat kemungkaran, wajiblah dia mengubahnya dengan tangan sekiranya berkemampuan. Sekiranya dia tidak mampu (mengubah dengan tangan), hendaklah dia mengubahnya dengan lisannya, iaitu dengan menegur pelakunya, menjelaskan kemudaratannya serta membimbingnya kepada kebaikan sebagai ganti kejahatan tersebut. Sekiranya dia tidak mampu sampai kepada tahap ini, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, iaitu dengan membenci kemungkaran tersebut dan berazam bahawa jika dia mampu mengubahnya, dia pasti akan melakukannya. Mengubah dengan hati merupakan tahap iman yang paling lemah dalam usaha mengubah kemungkaran.فوائد الحديث
Hadis ini merupakan asas dalam menjelaskan tingkatan-tingkatan mencegah kemungkaran.
Perintah supaya beransur-ansur mencegah kemungkaran adalah setiap orang mengikut kemampuan dan kesanggupannya.
Mencegah kemungkaran adalah satu perkara yang agung dalam agama dan tidak gugur tanggungjawabnya daripada sesiapa pun, bahkan setiap Muslim dipertanggungjawabkan mengikut kemampuan dirinya.
Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran termasuk dalam ciri-ciri keimanan dan iman itu bertambah dan berkurang.
Syarat dalam mencegah kemungkaran ialah mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah mungkar.
Syarat dalam mengubah kemungkaran ialah perbuatan itu tidak mendatangkan kemungkaran yang lebih besar daripadanya.
Mencegah kemungkaran mempunyai adab dan syarat yang perlu dipelajari oleh setiap Muslim.
Mencegah kemungkaran memerlukan kebijakan syariah, ilmu dan pandangan yang tajam.
Tidak ingkar dengan hati menunjukkan kelemahan iman.