إعدادات العرض
“Sesungguhnya kami dapati dalam diri kami sesuatu yang kami rasa terlalu besar untuk diucapkan.” Baginda bersabda: “Dan kamu telah merasainya?” Mereka berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “Itulah iman yang sejati.”
“Sesungguhnya kami dapati dalam diri kami sesuatu yang kami rasa terlalu besar untuk diucapkan.” Baginda bersabda: “Dan kamu telah merasainya?” Mereka berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “Itulah iman yang sejati.”
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata: Beberapa orang sahabat Nabi ﷺ datang, lalu mereka bertanya kepada baginda: “Sesungguhnya kami dapati dalam diri kami sesuatu yang kami rasa terlalu besar untuk diucapkan.” Baginda bersabda: “Dan kamu telah merasainya?” Mereka berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “Itulah iman yang sejati.”
الترجمة
العربية English မြန်မာ Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands اردو Español Indonesia ئۇيغۇرچە বাংলা Bosanski සිංහල हिन्दी Tiếng Việt Kurdî Hausa മലയാളം తెలుగు Kiswahili پښتو অসমীয়া Shqip دری Ελληνικά Български Fulfulde ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek नेपाली Moore Wolof Soomaali Tagalog Français Azərbaycan Українська Bambara தமிழ் Deutsch ქართული Português Македонски Magyar فارسی Русский 中文 ភាសាខ្មែរ Malagasy Oromoo ไทย Dansk मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe Lingala Italiano አማርኛ Kirundi Kurmancî 日本語الشرح
Sekumpulan para sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم datang lalu bertanya kepada Baginda tentang perkara-perkara besar yang mereka dapati dalam diri mereka, yang terasa amat berat untuk diucapkan kerana keburukannya dan kebencian mereka terhadapnya, Maka Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya apa yang kamu rasakan ini adalah keimanan yang tulus dan keyakinan sejati, yang mendorong kamu menolak apa yang dibisikkan syaitan di dalam hati, serta penolakan kamu untuk melafazkannya dan perasaan betapa besarnya perkara itu dalam diri kamu. Sesungguhnya syaitan tidak dapat menguasai hati kamu, berbeza dengan orang yang syaitan telah menguasai hatinya dan tidak lagi ada penentangan daripadanya."فوائد الحديث
Penjelasan tentang kelemahan syaitan terhadap ahli iman, di mana kuasanya hanyalah sekadar bisikan.
Tidak membenarkan dan menerima waswas yang terlintas di dalam hati, kerana sesungguhnya ia berpunca daripada syaitan.
Bisikan syaitan tidak memudaratkan orang yang beriman, namun hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah daripada bisikannya, dan berhenti daripada terus melayaninya.
Seorang Muslim tidak seharusnya berdiam diri terhadap perkara yang tidak jelas baginya dalam urusan agama, sebaliknya dia perlu bertanya untuk mendapatkan penjelasan.
