Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu dayanya kepada waswasah

Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu dayanya kepada waswasah

Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah seorang daripada kami mendapati sesuatu dalam dirinya, yang mana dia lebih suka menjadi arang daripada memperkatakannya." Baginda bersabda: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu dayanya kepada waswasah."

[صحيح] [رواه أبو داود والنسائي في الكبرى]

الشرح

Datang seorang lelaki kepada Nabi صلى الله عليه وسلم lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah seorang daripada kami mendapati sesuatu perkara timbul dalam dirinya, tetapi untuk bercakap tentangnya adalah suatu perkara yang amat berat, sehinggakan menjadi abu lebih disukainya daripada bercakap tentangnya.” Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertakbir sebanyak dua kali dan memuji Allah kerana telah menolak tipu daya syaitan kepada sekadar bisikan.

فوائد الحديث

Penjelasan bahawa syaitan menghendap orang-orang yang beriman dengan membisikkan waswas, untuk memalingkan mereka daripada keimanan kepada kekufuran.

Penjelasan tentang kelemahan syaitan terhadap ahli iman, kerana ia tidak berkuasa melainkan sekadar bisikan.

Seorang mukmin hendaklah berpaling daripada bisikan-bisikan syaitan dan menolaknya.

Pensyariatan takbir apabila berhadapan dengan sesuatu yang dianggap baik atau menakjubkan, atau perkara-perkara seumpamanya.

Pensyariatan bagi seorang Muslim untuk bertanya kepada orang yang berilmu mengenai semua perkara yang menjadi kemusykilan baginya.

التصنيفات

Belief in Allah the Mighty and Majestic, The Jinn