إعدادات العرض
“Allah membuat satu perumpamaan iaitu sebuah jalan yang lurus
“Allah membuat satu perumpamaan iaitu sebuah jalan yang lurus
Daripada al-Nawwās bin Samʿān al-Anṣārī رضي الله عنه, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: “Allah membuat satu perumpamaan iaitu sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua belah sisi jalan itu terdapat dua dinding, yang padanya terdapat pintu-pintu yang terbuka, dan pada pintu-pintu itu ada tirai-tirai yang dilabuhkan. Di pintu jalan itu ada seorang penyeru yang berkata: ‘Wahai sekalian manusia, masuklah kamu semua ke jalan ini, dan janganlah kamu menyimpang.’ Dan ada seorang penyeru yang menyeru dari atas jalan itu. Apabila seseorang ingin membuka salah satu daripada pintu-pintu itu, penyeru itu akan berkata: ‘Celaka kamu! Jangan membukanya, kerana sesungguhnya jika kamu membukanya, nescaya kamu akan memasukinya.’ Jalan itu ialah Islam, kedua-dua dinding itu ialah batasan-batasan Allah, pintu-pintu yang terbuka ialah perkara-perkara yang diharamkan Allah, penyeru yang berada di permulaan jalan itu ialah Kitab Allah, dan penyeru dari atas jalan itu ialah penasihat daripada Allah di dalam hati setiap Muslim.”
الترجمة
العربية English မြန်မာ Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands اردو Español Indonesia ئۇيغۇرچە বাংলা Bosanski සිංහල हिन्दी Tiếng Việt Hausa മലയാളം తెలుగు Kiswahili پښتو অসমীয়া Shqip دری Ελληνικά Български Fulfulde ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek नेपाली Kurdî Wolof Moore Soomaali Français Azərbaycan Tagalog Українська தமிழ் Bambara Deutsch ქართული Português Македонски Magyar Русский 中文 فارسی ភាសាខ្មែរ Malagasy Oromoo ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe Lingala Italiano አማርኛ Dansk Kurmancî Kirundi 日本語الشرح
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa Allah telah membuat satu perumpamaan bagi Islam seperti sebatang jalan yang lurus terbentang tanpa sebarang kebengkokan. Di kedua-dua belah sisi jalan ini, terdapat dua tembok yang mengelilinginya, iaitu had-had (batasan) Allah. Pada kedua-dua tembok ini terdapat pintu-pintu yang terbuka, iaitu perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah. Pada pintu-pintu tersebut, tergantung tirai-tirai yang menghalang orang yang lalu-lalang daripada melihat apa yang ada di dalamnya. Di permulaan jalan, terdapat seorang penyeru yang memberi petunjuk kepada manusia dengan berkata: "Teruskan perjalanan di atas jalan ini dan jangan menyimpang." Penyeru ini ialah Kitab Allah. Terdapat seorang lagi penyeru dari atas jalan itu. Setiap kali orang yang berjalan di atas jalan itu berniat untuk membuka sedikit tirai pada pintu-pintu tersebut, penyeru ini akan mengherdiknya dan berkata: "Celakalah kamu, jangan membukanya! Sesungguhnya jika kamu membukanya, nescaya kamu akan memasukinya, dan kamu tidak akan mampu menahan dirimu daripada masuk ke dalamnya." Dan penyeru ini ialah peringatan daripada Allah di dalam hati setiap orang Muslim.فوائد الحديث
Islam adalah agama kebenaran dan jalan yang lurus yang menyampaikan kita ke syurga.
Kewajipan beriltizam dengan batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala dan dengan apa yang dihalalkan dan diharamkan-Nya, dan bahawa bermudah-mudah padanya mendatangkan kebinasaan.
Kelebihan al-Quran dan galakan untuk mengamalkannya, kerana padanya terkandung petunjuk, cahaya dan kejayaan.
Rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah apa yang Dia tanamkan dalam hati orang-orang beriman, yang menjaga dan mengingatkan mereka agar tidak terjerumus ke dalam kebinasaan.
Allah dengan rahmat-Nya menjadikan bagi hamba-hamba-Nya penghalang-penghalang yang mencegah mereka daripada terjatuh ke dalam maksiat.
Antara kaedah pengajaran adalah memberikan perumpamaan untuk memudahkan pemahaman dan penjelasan.
