إعدادات العرض
Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada lima: membalas salam, menziarahi yang sakit, mengikuti jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan orang yang bersin
Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada lima: membalas salam, menziarahi yang sakit, mengikuti jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan orang yang bersin
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada lima: membalas salam, menziarahi yang sakit, mengikuti jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan orang yang bersin."
[صحيح] [متفق عليه]
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español فارسی Indonesia Русский Tagalog Türkçe اردو 中文 हिन्दी Français ئۇيغۇرچە Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili မြန်မာ Deutsch 日本語 پښتو Tiếng Việt অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands සිංහල தமிழ் دری Български Fulfulde Magyar ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda тоҷикӣ O‘zbek Akan नेपाली Moore Azərbaycan Wolof Oromoo Soomaali Українська ភាសាខ្មែរ Bambara Kirundi ქართული Македонски Српски Ελληνικά አማርኛ Malagasy ไทย Dansk मराठी ਪੰਜਾਬੀ Lingala Italiano Kurmancîالشرح
Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan sebahagian hak seorang Muslim ke atas saudaranya sesama Muslim, Hak yang pertama ialah membalas salam bagi orang yang memberi salam kepada anda. Hak Kedua: Ziarah Orang Sakit. Hak ketiga: Mengiringi jenazah dari rumahnya ke tempat solat, ke tanah perkuburan sehingga dikebumikan. Hak yang keempat: Memenuhi undangan apabila dijemput ke walimatul urus dan seumpamanya. Hak kelima: Mendoakan orang yang bersin, iaitu dengan berkata kepadanya apabila dia memuji Allah: "Yarhamukallah" (Semoga Allah merahmatimu), kemudian orang yang bersin hendaklah menjawab: "Yahdikumullah, wa yuslihu balakum." (Semoga Allah membimbing anda, dan memperbaiki urusan anda).فوائد الحديث
Keagungan Islam dalam menegaskan hak-hak sesama Muslim serta mengukuhkan persaudaraan dan kasih sayang antara mereka.
