Wahai anak muda, sesungguhnya aku mahu mengajarmu beberapa kalimat; Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah

Wahai anak muda, sesungguhnya aku mahu mengajarmu beberapa kalimat; Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah

Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata: Suatu hari aku berada di belakang Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda: “Wahai anak muda, sesungguhnya aku mahu mengajarmu beberapa kalimat; Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, jika seluruh umat berkumpul untuk memberimu suatu kebaikan maka mereka tidak akan mampu memberikanmu kebaikan itu kecuali sesuatu yang Allah telah tetapkan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk menimpakan mudarat kepadamu maka mereka tidak akan mampu menimpakan mudarat kecuali sesuatu yang telah Allah tetapkan ke atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”

الشرح

Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه menceritakan bahawa ketika dia kecil, dia membonceng di belakang Nabi ﷺ. Baginda bersabda kepadanya: “Aku mahu mengajarkanmu perkara-perkara yang akan memberi manfaat kepadamu: Jagalah Allah dengan menunaikan perintah-Nya dan menjauhkan diri daripada segala larangan-Nya, di mana Dia mendapati kamu dalam ketaatan dan amalan-amalan yang mendekatkanmu kepada-Nya, dan Dia tidak menemuimu dalam maksiat dan dosa. Jika engkau melakukan itu, maka balasanmu ialah Allah akan memelihara dirimu daripada segala bahaya dunia dan akhirat, serta menolongmu dalam setiap urusanmu ke mana sahaja engkau bergerak.” Apabila ingin meminta sesuatu, jangan minta kecuali kepada Allah, kerana hanya Dia yang mampu menjawab permintaan para hamba-Nya.” Sekiranya engkau ingin meminta pertolongan, janganlah meminta pertolongan melainkan kepada Allah. Hendaklah kamu yakin bahawa kamu tidak akan memperoleh sebarang kebaikan walaupun seluruh penduduk bumi berkumpul untuk memberimu kebaikan, melainkan apa yang Allah sudah tetapkan untukmu. Begitu juga, kamu tidak akan ditimpa sebarang bahaya walaupun seluruh penduduk bumi berkumpul untuk memudaratkanmu, melainkan apa yang Allah sudah takdirkan Allah ke atasmu. (Ketahuilah) bahawa perkara ini telah ditulis dan ditakdirkan oleh Allah menurut hikmah dan ilmu-Nya, dan tiada yang dapat mengubah apa yang telah Allah tetapkan.

فوائد الحديث

Kepentingan mendidik kanak-kanak tentang perkara agama, termasuk tauhid, adab dan lain-lain.

Balasan setimpal dengan perbuatan.

Perintah supaya bergantung harap kepada Allah dan bertawakal hanya kepada-Nya, kerana Dia-lah sebaik-baik Pelindung.

Beriman kepada qada' dan qadar Allah, serta menerima ketentuan-Nya kerana Allah telah menetapkan segala sesuatu.

Sesiapa yang mengabaikan urusan Allah, maka Allah akan membiarkannya dan tidak menjaganya.