“Biarkanlah Aku dengan apa yang Aku tinggalkan untukmu; sesungguhnya orang-orang sebelum kamu binasa kerana banyak bertanya dan berselisih terhadap para nabi mereka

“Biarkanlah Aku dengan apa yang Aku tinggalkan untukmu; sesungguhnya orang-orang sebelum kamu binasa kerana banyak bertanya dan berselisih terhadap para nabi mereka

Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Biarkanlah Aku dengan apa yang Aku tinggalkan untukmu; sesungguhnya orang-orang sebelum kamu binasa kerana banyak bertanya dan berselisih terhadap para nabi mereka. Maka apabila Aku melarang kamu dari sesuatu maka jauhilah ia dan apabila Aku memerintahkan kamu melakukan sesuatu maka lakukanlah sebahagian daripadanya menurut kemampuanmu.”

الشرح

Nabi ﷺ menyatakan bahawa hukum-hukam syarak terbahagi kepada tiga bahagian: perkara yang dibiarkan (tidak disebut secara khusus), larangan-larangan dan perintah-perintah. Bahagian pertama ialah perkara yang tidak disebutkan oleh syarak, iaitu perkara yang tidak disebutkan hukumnya (secara khusus). Dalam hal ini, asas asal sesuatu perkara adalah tidak wajib. Pada zaman Nabi ﷺ, wajib tidak bertanya tentang sesuatu yang tidak berlaku kerana bimbang akan muncul (hukum) wajib atau haram. Hal ini kerana Allah tidak menyebutkannya sebagai rahmat kepada hamba-Nya. Manakala selepas kewafatan Nabi ﷺ, jika pertanyaan itu bertujuan untuk meminta fatwa atau pembelajaran mengenai perkara agama yang diperlukan maka ia dibenarkan malah disyariatkan. Namun, jika pertanyaan itu dilakukan dengan sikap melampau atau berlebihan sehingga memaksa, itulah yang dimaksudkan dengan meninggalkan bertanya dalam hadis ini. Hal ini kerana ia boleh membawa kepada keadaan seperti yang menimpa Bani Israil; apabila mereka diperintahkan menyembelih seekor lembu, jika mereka menyembelih apa-apa lembu sahaja sudah memadai, tetapi mereka bersikap terlalu ketat sehingga mereka ditimpa kesukaran. Kedua: Larangan; iaitu perkara yang diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya dan akan diseksa orang yang melakukannya. Maka, semua larangan ini wajib dielakkan sepenuhnya. Ketiga: Perintah; iaitu perkara yang diberi pahala kepada orang yang melakukannya dan diseksa orang yang meninggalkannya. Oleh itu, wajib melaksanakan semua perintah ini sebanyak yang mampu.

فوائد الحديث

Wajar untuk menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang penting dan diperlukan, meninggalkan apa yang tidak diperlukan pada masa itu, serta tidak sibuk bertanya tentang perkara yang belum berlaku.

Larangan bertanya tentang perkara yang mungkin membawa kepada kerumitan hukum atau membuka pintu kepada syak-wasangka yang akhirnya menimbulkan banyak perbezaan pendapat.

Perintah untuk meninggalkan segala larangan kerana tiada kesukaran dalam meninggalkannya, maka larangan itu bersifat umum.

Perintah untuk melakukan yang diperintahkan mengikut kemampuan kerana sesetengah perbuatan mungkin menimbulkan kesukaran atau melebihi kemampuan seseorang, maka perintah itu diberikan mengikut kadar kemampuan.

Larangan daripada banyak bertanya: Para ulama membahagikan soal kepada dua jenis:

Pertama: Bertanya untuk tujuan pembelajaran berkaitan perkara agama yang diperlukan, maka jenis ini diperintahkan. Contohnya ialah soalan-soalan yang diajukan oleh para sahabat.

Kedua: Bertanya secara bersikap keras atau memaksa, jenis inilah yang dilarang.

Peringatan kepada umat ini agar tidak menentang Nabi mereka, seperti yang telah berlaku kepada umat-umat terdahulu.

Bertanya secara berlebihan tentang perkara yang tidak diperlukan dan perselisihan mengenai para Nabi menjadi sebab kehancuran, terutamanya dalam hal-hal yang tidak dapat dicapai, seperti perkara ghaib yang hanya Allah yang mengetahui, serta keadaan hari kiamat.

Larangan bertanya dalam perkara-perkara yang terlalu rumit atau berlebihan. Al-Awza‘i berkata: “Apabila Allah ingin mengharamkan seorang hamba daripada keberkatan ilmu, Dia melemparkan kesilapan pada lidahnya. Sesungguhnya aku telah melihat mereka sebagai orang yang paling sedikit ilmunya.” Ibn Wahb pula berkata: “Aku mendengar Malik berkata: Berdebat dalam ilmu akan menghilangkan cahaya ilmu daripada hati seseorang.”