إعدادات العرض
Jangan marah
Jangan marah
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه: Seorang lelaki berkata kepada Nabi صلى الله عليه وسلم: “Berilah aku nasihat.” Baginda bersabda: “Jangan marah” Lelaki itu mengulanginya beberapa kali, namun baginda tetap bersabda: “Jangan marah.”
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español Français Bahasa Indonesia Русский Tagalog Türkçe اردو 中文 हिन्दी ئۇيغۇرچە Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili فارسی မြန်မာ Deutsch 日本語 پښتو Tiếng Việt অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands සිංහල தமிழ் دری Fulfulde Magyar ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски O‘zbek Moore नेपाली тоҷикӣ Oromoo Wolof Soomaali Български Українська Azərbaycan ქართული Bambara Македонски Ελληνικά ភាសាខ្មែរ አማርኛ Italiano Malagasy ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ Lingalaالشرح
Salah seorang sahabat رضي الله عنهم meminta kepada Nabi صلى الله عليه وسلم agar baginda menunjukkan kepadanya sesuatu yang bermanfaat. Lalu baginda memerintahkannya supaya jangan marah. Maksudnya ialah dia hendaklah menjauhi segala sebab yang boleh mendorongnya kepada kemarahan, serta mengawal dirinya apabila perasaan marah itu timbul, agar tidak berlarutan hingga membawa kepada perbuatan seperti membunuh, memukul, mencela dan seumpamanya. Lelaki itu mengulangi permintaannya agar diberikan nasihat beberapa kali, namun Nabi صلى الله عليه وسلم tidak menambah wasiat baginda kepadanya selain daripada sabdanya: “Jangan marah.”فوائد الحديث
Amaran daripada sifat marah dan sebab-sebabnya kerana ia merupakan punca segala keburukan, manakala menjauhinya adalah punca segala kebaikan.
Marah kerana Allah seperti marah ketika larangan Allah dilanggar, ia termasuk dalam kemarahan yang terpuji.
Ucapan berulang kali ketika diperlukan supaya pendengar lebih memahami dan menyedari kepentingannya.
Keutamaan meminta nasihat daripada orang yang berilmu.