إعدادات العرض
Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bekas-bekas minumannya lebih banyak daripada bilangan bintang dan planet-planet di langit pada malam yang gelap gelita lagi cerah tanpa awan
Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bekas-bekas minumannya lebih banyak daripada bilangan bintang dan planet-planet di langit pada malam yang gelap gelita lagi cerah tanpa awan
Daripada Abu Zar رضي الله عنه, beliau berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana keadaan bekas-bekas minuman al-Haudh? Baginda bersabda: «Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bekas-bekas minumannya lebih banyak daripada bilangan bintang dan planet-planet di langit pada malam yang gelap gelita lagi cerah tanpa awan, ia adalah bekas-bekas minuman dari syurga; sesiapa yang minum daripadanya tidak akan dahaga selama-lamanya. Terpancar ke dalamnya dua saluran air dari syurga, sesiapa yang minum daripadanya tidak akan dahaga. Lebarnya sama seperti panjangnya, antara Amman hingga Ailah. Airnya lebih putih daripada susu, dan lebih manis daripada madu».
الترجمة
العربية English မြန်မာ Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands اردو Español Indonesia ئۇيغۇرچە বাংলা Bosanski සිංහල हिन्दी Tiếng Việt Hausa മലയാളം తెలుగు Kiswahili پښتو অসমীয়া Shqip دری Ελληνικά Български Fulfulde ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek नेपाली Moore Kurdî Wolof Soomaali Français Azərbaycan Tagalog Українська தமிழ் Bambara ქართული Deutsch Português Македонски Magyar فارسی Русский 中文 ភាសាខ្មែរ Malagasy Oromoo ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe Lingala Italiano አማርኛ Dansk Kirundi Kurmancî 日本語الشرح
Nabi ﷺ bersumpah bahawa bejana-bejana telaga baginda pada hari kiamat lebih banyak daripada bilangan bintang-bintang di langit, Dan hal itu kelihatan pada malam yang gelap dan tidak berbulan; kerana pada malam yang disinari bulan, bintang-bintang tidak kelihatan dengan jelas kerana terhalang oleh cahaya bulan, dan pada malam yang tidak berawan; kerana kewujudan awan menghalang daripada melihat bintang-bintang. Dan bahawasanya bejana-bejana di syurga, sesiapa yang meminum daripadanya tidak akan berasa dahaga selama-lamanya, dan ia akan menjadi kali terakhir si peminum itu merasai dahaga, Dan bahawa ke dalam telaganya mengalir dua pancuran dari syurga, dan lebarnya sama dengan panjangnya; Maka takungan itu adalah sama pada setiap sisinya, panjangnya adalah sekadar jarak di antara Amman, iaitu sebuah pekan di Balqa' dari negeri Syam, hingga ke Ailah, iaitu sebuah kota yang terkenal di hujung negeri Syam, Air al-Hawd lebih putih daripada susu, dan rasanya lebih manis daripada madu.فوائد الحديث
Menetapkan telaga Nabi ﷺ dan pelbagai jenis kenikmatan di dalamnya.
Kebesaran Haud, panjangnya, lebarnya dan banyaknya bejana-bejananya.
التصنيفات
Belief in the Last Day