إعدادات العرض
Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu (dan pergi) kepada perkara yang tidak meragukanmu
Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu (dan pergi) kepada perkara yang tidak meragukanmu
Daripada Abu Muhammad, al-Hasan bin Ali bin Abi Talib – cucu Rasulullah ﷺ dan pewaris harumannya – beliau berkata: “Aku telah menghafal daripada Rasulullah ﷺ: " Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu (dan pergi) kepada perkara yang tidak meragukanmu."
الترجمة
العربية Español አማርኛ English اردو Indonesia বাংলা Français Türkçe Русский Bosanski සිංහල हिन्दी 中文 فارسی Tiếng Việt Tagalog Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili தமிழ் ไทย Deutsch پښتو অসমীয়া Shqip Nederlands ગુજરાતી Кыргызча नेपाली Lietuvių دری Српски тоҷикӣ Kinyarwanda Română Magyar Čeština Moore Malagasy Oromoo ಕನ್ನಡ Wolof Azərbaycan O‘zbek Українська ქართული Македонски ភាសាខ្មែរ ਪੰਜਾਬੀ मराठी Kirundi Kurmancî မြန်မာالشرح
Nabi ﷺ telah memerintahkan supaya meninggalkan perkara-perkara yang diragui, sama ada dalam ucapan atau amalan, tentang hukumnya sama ada terlarang atau tidak, haram atau halal dan memfokuskan kepada perkara yang tidak diragui lagi, iaitu yang telah diyakini kesahihannya dan kehalalannya.فوائد الحديث
Seorang Muslim hendaklah membina urusannya atas keyakinan dan meninggalkan perkara yang diragukan, serta jelas dan faham tentang agamanya.
Larangan daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara syubhah (yang samar hukumnya).
Jika engkau menginginkan ketenangan dan kerehatan, maka tinggalkan perkara yang meragukan dan lemparkan ia ke tepi.
Rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya apabila Dia memerintahkan mereka dengan perkara yang mendatangkan ketenangan jiwa dan fikiran, serta melarang mereka daripada perkara yang menimbulkan keresahan dan kebingungan.
