إعدادات العرض
Api kamu adalah satu bahagian daripada 70 bahagian dari api neraka Jahannam
Api kamu adalah satu bahagian daripada 70 bahagian dari api neraka Jahannam
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Api kamu adalah satu bahagian daripada 70 bahagian dari api neraka Jahannam.” Lalu ditanyakan: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ia (api dunia) sudah pun mencukupi.” Baginda bersabda: “Ia telah dilebihkan ke atasnya dengan 69 bahagian, yang mana kesemuanya adalah sama panasnya.”"
[صحيح] [متفق عليه]
الترجمة
العربية English မြန်မာ Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands اردو Español Indonesia ئۇيغۇرچە বাংলা Bosanski සිංහල हिन्दी Tiếng Việt Hausa മലയാളം తెలుగు Kiswahili پښتو অসমীয়া Shqip دری Ελληνικά Български Fulfulde ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek नेपाली Moore or Kurdî Soomaali Français Wolof Azərbaycan Tagalog Українська தமிழ் Bambara Deutsch ქართული Português Македонски Magyar فارسی Русский 中文 ភាសាខ្មែរ አማርኛ Malagasy Oromoo ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe Lingala Italiano Dansk Kirundi Kurmancî 日本語الشرح
Nabi ﷺ memberitahu bahawa api dunia adalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian neraka jahanam, Maka api neraka di akhirat, darjah kepanasannya melebihi kepanasan api di dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian, yang mana setiap satu bahagian daripadanya adalah bersamaan dengan kepanasan api di dunia. Maka dikatakan: Wahai Rasulullah, sesungguhnya api dunia sudah cukup untuk mengazab penghuninya, Beliau berkata: Api neraka Jahannam dilebihkan ke atas api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian, dan setiap satu bahagian daripadanya sama panasnya seperti api dunia.فوائد الحديث
Amaran tentang neraka bertujuan untuk menjauhkan manusia daripada perbuatan yang boleh membawanya ke sana.
Kedahsyatan neraka Jahannam dan azabnya, serta kepanasan apinya yang amat dahsyat.
