إعدادات العرض
Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakan mereka, dan katakanlah: {Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami}
Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakan mereka, dan katakanlah: {Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami}
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata: Ahli Kitab biasa membaca Taurat dalam bahasa Ibrani, dan mentafsirkannya dalam bahasa Arab untuk orang Islam, lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakan mereka, dan katakanlah: {Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami} [Al-Baqarah: 136] ayat tersebut.”
الترجمة
العربية English မြန်မာ Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands اردو Español Indonesia ئۇيغۇرچە বাংলা Bosanski සිංහල हिन्दी Tiếng Việt Hausa മലയാളം తెలుగు Kiswahili پښتو অসমীয়া Shqip دری Ελληνικά Български Fulfulde ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek नेपाली Moore Kurdî Wolof Soomaali Français Azərbaycan Tagalog Українська தமிழ் Bambara Deutsch ქართული Português Македонски Magyar Русский 中文 فارسی ភាសាខ្មែរ Malagasy Oromoo ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe Lingala Italiano አማርኛ Dansk Kurmancî Kirundi 日本語الشرح
Nabi ﷺ mengingatkan umatnya agar tidak terpedaya dengan riwayat yang disampaikan oleh Ahli Kitab dari kitab-kitab mereka. Pada zaman Nabi ﷺ, kaum Yahudi lazimnya membaca kitab Taurat dalam bahasa Ibrani, iaitu bahasa kaum Yahudi, dan menafsirkannya dalam bahasa Arab, Maka Baginda ﷺ bersabda: “Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan jangan pula mendustakan mereka, dan ini adalah dalam perkara yang tidak diketahui benar atau dustanya.” Hal ini kerana Allah SWT memerintahkan kita untuk beriman dengan al-Quran yang diturunkan kepada kita, dan kitab yang diturunkan kepada mereka. Akan tetapi, tiada jalan bagi kita untuk membezakan antara yang benar dengan yang salah daripada apa yang mereka riwayatkan tentang kitab-kitab tersebut, jika tidak terdapat dalam syariat kita sesuatu yang menjelaskan kebenarannya daripada kepalsuannya, Maka kita mengambil sikap berkecuali; kita tidak membenarkan mereka agar tidak bersubahat dalam penyelewengan mereka, dan kita juga tidak mendustakan mereka kerana berkemungkinan ia adalah benar, lalu kita akan mengingkari perkara yang kita diperintahkan untuk beriman dengannya. Nabi ﷺ memerintahkan supaya kita berkata: "Kami beriman kepada Allah, kepada apa yang diturunkan kepada kami, kepada apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan keturunan mereka, kepada apa yang diberikan kepada Musa dan Isa, serta kepada apa yang diberikan kepada para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membezakan antara seorang pun dari mereka, dan kami hanya berserah diri kepada-Nya." (Surah al-Baqarah: 136).فوائد الحديث
Khabar yang disampaikan oleh Ahli Kitab terbahagi kepada tiga bahagian: bahagian yang selari dengan al-Quran dan Sunnah maka ia dibenarkan, bahagian yang bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah maka ini adalah batil dan didustakan, dan bahagian ketiga yang tiada di dalam al-Quran dan Sunnah apa yang menunjukkan kebenarannya atau kedustaannya; maka ini diriwayatkan, dan tidak dibenarkan dan tidak pula didustakan.
