إعدادات العرض
Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat seterusnya, dan Ramadan ke Ramadan seterusnya adalah penghapus dosa-dosa yang ada di antara kedua-duanya, selagi mana dijauhi daripada dosa-dosa besar
Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat seterusnya, dan Ramadan ke Ramadan seterusnya adalah penghapus dosa-dosa yang ada di antara kedua-duanya, selagi mana dijauhi daripada dosa-dosa besar
Daripada Abu Hurayrah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat seterusnya, dan Ramadan ke Ramadan seterusnya adalah penghapus dosa-dosa yang ada di antara kedua-duanya, selagi mana dijauhi daripada dosa-dosa besar."
[صحيح] [رواه مسلم]
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español فارسی Français Indonesia Русский Tagalog Türkçe اردو 中文 हिन्दी සිංහල Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili မြန်မာ Deutsch 日本語 پښتو Tiếng Việt অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands ئۇيغۇرچە தமிழ் دری Български Fulfulde Magyar ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda тоҷикӣ O‘zbek Akan नेपाली Moore Azərbaycan Wolof Oromoo Soomaali Українська Bambara ភាសាខ្មែរ Kirundi ქართული Македонски Српски Ελληνικά አማርኛ Malagasy ไทย Dansk मराठी ਪੰਜਾਬੀ Lingala Italiano Kurmancîالشرح
Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa solat lima waktu yang diwajibkan sehari semalam, solat Jumaat setiap minggu, dan puasa bulan Ramadan setiap tahun, adalah penghapus bagi dosa-dosa kecil yang ada di antaranya, dengan syarat menjauhi dosa-dosa besar, Adapun dosa-dosa besar seperti zina dan meminum arak, maka tidak akan dihapuskan kecuali dengan taubat.فوائد الحديث
Dosa-dosa terbahagi kepada dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar.
Penghapusan dosa-dosa kecil adalah bersyarat dengan menjauhi dosa-dosa besar.
Dosa-dosa besar ialah dosa-dosa yang dinyatakan padanya hukuman had di dunia, atau datang padanya ancaman di akhirat; dengan azab, atau kemurkaan, atau yang terkandung di dalamnya ugutan, atau laknat ke atas pelakunya, seperti zina dan meminum arak.
