Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan kufur atau syirik

Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan kufur atau syirik

Daripada Ibn ‘Umar رضي الله عنهما, bahawa beliau mendengar seorang lelaki berkata: “Tidak, demi Kaabah.” Lalu beliau berkata: “Janganlah bersumpah dengan selain Allah, kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:” "Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan kufur atau syirik."

[صحيح] [رواه أبو داود والترمذي وأحمد]

الشرح

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah serta nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya, maka dia telah kufur kepada Allah atau melakukan syirik; kerana perbuatan bersumpah itu menuntut pengagungan terhadap sesuatu yang dijadikan sumpah, dan keagungan itu hanyalah milik Allah semata-mata; maka tidak boleh bersumpah kecuali dengan Allah serta nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya SWT, Sumpah ini termasuk dalam syirik kecil tetapi, jika orang yang bersumpah mengagungkan apa yang disumpahkannya sepertimana dia mengagungkan Allah Taala atau lebih dahsyat lagi, maka pada ketika itu ia menjadi Syirik Akbar.

فوائد الحديث

Sesungguhnya pengagungan melalui sumpah adalah hak Allah SWT, maka tidak dibenarkan bersumpah kecuali dengan Allah serta nama-nama dan sifat-sifat-Nya.

Kesungguhan para sahabat dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, khususnya jika kemungkaran tersebut berkaitan dengan syirik atau kufur.

التصنيفات

Polytheism