إعدادات العرض
Perumpamaan orang munafik, seperti seekor kambing yang kebingungan di antara dua kawanan, ia pergi kepada yang ini sekali dan kepada yang itu sekali
Perumpamaan orang munafik, seperti seekor kambing yang kebingungan di antara dua kawanan, ia pergi kepada yang ini sekali dan kepada yang itu sekali
Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: "Perumpamaan orang munafik, seperti seekor kambing yang kebingungan di antara dua kawanan, ia pergi kepada yang ini sekali dan kepada yang itu sekali."
[صحيح] [رواه مسلم]
الترجمة
العربية English မြန်မာ Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands اردو Español Indonesia ئۇيغۇرچە বাংলা Bosanski සිංහල हिन्दी Tiếng Việt Hausa മലയാളം తెలుగు Kiswahili پښتو অসমীয়া Shqip دری Ελληνικά Български Fulfulde ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda Српски тоҷикӣ O‘zbek नेपाली Moore Kurdî Wolof Soomaali Français Tagalog Azərbaycan Українська Bambara தமிழ் Deutsch ქართული Português Македонски Magyar Русский فارسی 中文 ភាសាខ្មែរ Malagasy Oromoo ไทย मराठी ਪੰਜਾਬੀ Türkçe Lingala Italiano አማርኛ Dansk Kirundi Kurmancî 日本語الشرح
Nabi ﷺ menjelaskan keadaan orang munafik bahawa ia seperti seekor kambing yang teragak-agak di antara dua kawanan kambing, tidak tahu yang mana satu harus diikutinya. Ada kalanya ia pergi ke kawanan ini, dan ada kalanya ke kawanan yang lain, Maka mereka kebingungan antara iman dan kufur, lantas mereka tidak bersama orang-orang yang beriman secara zahir dan batin, dan tidak pula bersama orang-orang kafir secara zahir dan batin. Bahkan zahir mereka bersama orang-orang yang beriman, manakala batin mereka dalam keraguan dan kebimbangan, maka kadangkala mereka cenderung kepada golongan ini, dan kadangkala cenderung kepada golongan itu.فوائد الحديث
Antara petunjuk Nabi ﷺ adalah memberikan perumpamaan untuk mendekatkan makna.
Menjelaskan keadaan orang munafik yang berada dalam keraguan, syak, dan ketidakstabilan.
Amaran terhadap keadaan orang munafik serta anjuran kepada kejujuran dan keazaman dalam keimanan secara zahir dan batin.
التصنيفات
Hypocrisy