إعدادات العرض
“Tiada sebarang mudarat dan tiada yang memudaratkan.”
“Tiada sebarang mudarat dan tiada yang memudaratkan.”
Daripada Abu Sa‘id, Sa‘d bin Malik bin Sinan al-Khudri رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tiada sebarang mudarat dan tiada yang memudaratkan.”
[حسن] [رواه ابن ماجه والدارقطني وغيرهما مسندًا]
الترجمة
العربية Español አማርኛ English اردو Indonesia বাংলা Français Türkçe Русский Bosanski සිංහල हिन्दी 中文 فارسی Tiếng Việt Tagalog Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili தமிழ் မြန်မာ ไทย Deutsch پښتو অসমীয়া Shqip Nederlands ગુજરાતી Кыргызча नेपाली Lietuvių دری Српски тоҷикӣ Kinyarwanda Magyar Čeština Moore Malagasy Oromoo ಕನ್ನಡ Wolof Azərbaycan O‘zbek Українська ქართული Македонски ភាសាខ្មែរ Bambara ਪੰਜਾਬੀ मराठी Kirundi Kurmancîالشرح
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa wajib menolak segala bentuk kemudaratan dalam pelbagai jenis dan keadaannya, sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Tidak boleh bagi sesiapa untuk mencederakan dirinya sendiri atau orang lain dengan apa jua cara sekalipun. Begitu juga, tidak boleh baginya membalas kemudaratan dengan kemudaratan kerana kemudaratan tidak boleh dihapuskan dengan kemudaratan kecuali dalam bentuk qisas tanpa melampaui batas.فوائد الحديث
Larangan membalas sesuatu dengan lebih daripada kadar yang setimpal.
Allah tidak memerintahkan hamba-Nya dengan sesuatu yang memudaratkan mereka.
Hadis ini merupakan asas hukum dalam mengharamkan segala bentuk kemudaratan, sama ada melalui percakapan, perbuatan, ataupun pengabaian.
Antara kaedah syariah: “Kemudaratan hendaklah dihilangkan”; maka syariat tidak mengiktiraf kemudaratan dan menolak segala bentuk perbuatan memudaratkan.
