إعدادات العرض
Tidak beriman seseorang kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa
Tidak beriman seseorang kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa
Daripada Abu Muhammad, ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash رضي الله عنهما, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak beriman seseorang kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa."
الترجمة
العربية Español አማርኛ English اردو Indonesia বাংলা Français Türkçe Русский Bosanski සිංහල हिन्दी 中文 فارسی Tiếng Việt Tagalog Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili தமிழ் မြန်မာ ไทย Deutsch پښتو অসমীয়া Shqip Nederlands ગુજરાતી Кыргызча नेपाली Lietuvių دری Српски тоҷикӣ Kinyarwanda Magyar Čeština Moore Malagasy Oromoo ಕನ್ನಡ Wolof Azərbaycan O‘zbek Українська ქართული Македонски ភាសាខ្មែរ Bambara ਪੰਜਾਬੀ मराठी Kirundi Kurmancîالشرح
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa seseorang itu tidak menjadi mukmin yang sempurna imannya sehingga kecintaannya mengikuti apa yang dibawa oleh Rasul ﷺ berupa perintah dan larangan serta syariat-syariat lain. Dia mencintai apa yang diperintahkan dan membenci apa yang dilarang.فوائد الحديث
Hadis ini menjadi asas dalam menyerahkan diri kepada syariat dan patuh kepadanya.
Ia merupakan peringatan kepada manusia bahawa sesiapa yang menghukum menggunakan akal atau adatnya sendiri dan mendahulukannya melebihi apa yang dibawa oleh Rasul ﷺ, maka iman orang tersebut boleh terjejas atau terhapus.
Kewajipan menjadikan syariat sebagai hukum dalam setiap perkara, berdasarkan firman baginda: (bagi apa yang aku bawa).
Iman seseorang bertambah dengan ketaatan kepada Allah dan berkurang apabila melakukan maksiat.
