إعدادات العرض
Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa, dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya di dalam neraka
Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa, dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya di dalam neraka
Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa, dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya di dalam neraka."
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español فارسی Français Indonesia Русский Tagalog Türkçe اردو 中文 हिन्दी සිංහල ئۇيغۇرچە Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు မြန်မာ Deutsch 日本語 پښتو Tiếng Việt অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands Kiswahili தமிழ் دری Български Fulfulde Magyar ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda тоҷикӣ O‘zbek Akan नेपाली Moore Azərbaycan Wolof Oromoo Soomaali Українська Bambara ភាសាខ្មែរ Kirundi ქართული Македонски Српски Ελληνικά አማርኛ Malagasy ไทย Dansk मराठी ਪੰਜਾਬੀ Lingala Italiano Kurmancîالشرح
Nabi ﷺ memerintahkan untuk menyampaikan ilmu daripada Baginda, sama ada daripada al-Quran atau sunnah, walaupun hanya sedikit seperti satu ayat al-Quran atau sepotong hadis, dengan syarat dia berilmu tentang apa yang disampaikan dan didakwahkannya. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa tidak mengapa menceritakan kisah-kisah daripada Bani Israel, selagi ia tidak bertentangan dengan syariat kita. Kemudian baginda memberi amaran tentang berdusta atas nama baginda, bahawa sesiapa yang berdusta atas nama baginda dengan sengaja, maka hendaklah dia mengambil tempatnya di dalam neraka.فوائد الحديث
Galakan untuk menyampaikan syariat Allah, dan seseorang hendaklah menyampaikan apa yang dihafal dan difahami walaupun sedikit.
Kewajipan menuntut ilmu syariat; agar dapat beribadah kepada Allah dan menyampaikan syariat-Nya secara sahih.
Kewajipan memastikan kesahihan sebarang hadis sebelum menyampaikannya atau menyebarkannya, agar tidak termasuk ke dalam ancaman yang keras ini.
Anjuran untuk jujur dalam percakapan dan berhati-hati dalam pertuturan, agar tidak terjerumus ke dalam dusta, khususnya dalam syariat Allah Azza wa Jalla.
