إعدادات العرض
Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, dan janganlah jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah kepadaku, kerana selawat kamu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada
Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, dan janganlah jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah kepadaku, kerana selawat kamu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, dan janganlah jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah kepadaku, kerana selawat kamu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada."
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español فارسی Français Indonesia Русский Tagalog Türkçe اردو 中文 हिन्दी ئۇيغۇرچە Kurdî Hausa Português മലയാളം తెలుగు Kiswahili မြန်မာ Deutsch 日本語 پښتو Tiếng Việt অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands සිංහල தமிழ் دری Akan Български Fulfulde Magyar ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių नेपाली or Română Kinyarwanda тоҷикӣ O‘zbek Azərbaycan Moore Wolof Oromoo Soomaali Українська Bambara ភាសាខ្មែរ Kirundi Српски ქართული Македонски Ελληνικά አማርኛ Malagasy ไทย Dansk मराठी ਪੰਜਾਬੀ Lingala Italiano Kurmancîالشرح
Nabi ﷺ melarang rumah-rumah dikosongkan daripada solat, sehingga ia menjadi seperti kubur yang tidak didirikan solat di dalamnya, Baginda melarang ziarah berulang kali ke makamnya dan berkumpul di sana sebagai satu kebiasaan kerana ia adalah wasilah kepada syirik, Dan diperintahkan untuk berselawat dan mengucapkan salam ke atas baginda di mana-mana sahaja di muka bumi; kerana amalan itu sampai kepada baginda, sama sahaja baik dari dekat mahupun jauh. Maka, tidak perlu berulang-alik ke makam baginda.فوائد الحديث
Larangan daripada mengosongkan rumah-rumah daripada ibadah kepada Allah Ta’ala.
Larangan melakukan perjalanan untuk menziarahi makam Nabi ﷺ kerana baginda memerintahkan untuk berselawat ke atasnya dan memberitahu bahawa selawat itu sampai kepadanya. Sebaliknya, perjalanan hanya diadakan dengan tujuan ke masjid dan untuk bersolat di dalamnya.
Pengharaman menjadikan ziarah kubur Nabi ﷺ sebagai perayaan, dengan mengulang-ulangi ziarahnya pada cara dan waktu yang khusus, demikian juga ziarah setiap kubur.
Kemuliaan Nabi ﷺ di sisi Tuhannya, dengan disyariatkannya selawat dan salam ke atas baginda pada setiap masa dan tempat.
Oleh sebab larangan solat di kubur telah menjadi ketetapan dalam kalangan para sahabat, maka Nabi ﷺ melarang rumah dijadikan seperti kubur yang tidak didirikan solat di dalamnya.
التصنيفات
Merits of Good Deeds