إعدادات العرض
Neraka diliputi dengan syahwat, dan syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci
Neraka diliputi dengan syahwat, dan syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Neraka diliputi dengan syahwat, dan syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci."
[صحيح] [رواه البخاري]
الترجمة
العربية বাংলা Bosanski English Español فارسی Français Indonesia Русский Tagalog Türkçe اردو 中文 हिन्दी Tiếng Việt සිංහල ئۇيغۇرچە Kurdî Hausa Português മലയാളം မြန်မာ Deutsch 日本語 پښتو অসমীয়া Shqip Svenska Čeština ગુજરાતી Yorùbá Nederlands తెలుగు Kiswahili தமிழ் دری Български Fulfulde Magyar ಕನ್ನಡ Кыргызча Lietuvių or Română Kinyarwanda тоҷикӣ O‘zbek Akan नेपाली Moore Azərbaycan Wolof Oromoo Soomaali Українська Bambara ភាសាខ្មែរ Kirundi ქართული Македонски Српски Ελληνικά አማርኛ Malagasy ไทย Dansk मराठी ਪੰਜਾਬੀ Lingala Italiano Kurmancîالشرح
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa neraka dikelilingi oleh perkara-perkara yang diingini oleh hawa nafsu seperti melakukan perkara-perkara haram atau memandang ringan terhadap kewajipan; Maka sesiapa yang mengikuti hawa nafsunya dalam hal itu, maka dia layak memasuki neraka, Dan bahawa syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang dibenci oleh diri; seperti berterusan melakukan perkara-perkara yang diperintahkan, meninggalkan perkara yang haram, dan bersabar atasnya. Maka apabila seseorang itu menempuhinya dan berjihad melawan dirinya untuk melakukannya, dia berhak masuk ke syurga.فوائد الحديث
Antara sebab-sebab terjatuh ke dalam syahwat ialah perbuatan syaitan yang menghiaskan perkara yang mungkar dan keji, sehingga jiwa melihatnya sebagai sesuatu yang baik, lalu cenderung kepadanya.
Perintah untuk menjauhi syahwat yang diharamkan; kerana ia adalah jalan ke neraka, dan bersabar atas perkara-perkara yang dibenci kerana ia adalah jalan ke syurga.
Keutamaan berjuang melawan hawa nafsu, bersungguh-sungguh dalam ibadah, dan bersabar atas segala kesukaran dan kepayahan dalam menjalankan ketaatan.
التصنيفات
Descriptions of Paradise and Hell